• PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

    PELUANG TAMBAH PENDAPATAN. KAMI PERLUKAN PENGEDAR SABUN NUR BALQIS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI DAN SINGAPORE.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Artikel kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Artikel kesihatan. Show all posts

Makanan Halal, Penting Untuk kesihatan

Makanan Halal, Penting Untuk kesihatan

 Jom Kita Makan Makanan Halal, Minum Minuman Halal, Guna Produk Pencuci Halal, Produk Kesihatan Halal, klik di sini, Produk Kecantikan Halal, di sini dan lain-lain...Yang Penting,halal, halal belaka. 

Jom ikut sunnah Rasulluah SAW, yang sentiasa menjaga makanan dan minumannya dari sumber yang halal.

Makanan yang baik, lagi halal memberikan kesihatan kepada tubuh badan, sebaliknya makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan penyakit.

Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan.



Dalam hadis diceritakan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.”

Justeru, sudah menjadi tanggungjawab orang Islam memastikan makanan yang dimakan setiap hari berkhasiat dan tidak tercemar untuk kesihatan dan tumbesaran tubuh badan.

Satu lagi aspek yang sangat diberikan perhatian dalam Islam ialah dari sudut halal atau haram. Islam menekankan aspek ini kerana melalui hukum halal haram membolehkan umatnya mengenal batasan, berdisiplin dan menjadi umat terbaik.

Dalam hadis diceritakan Tirmidzi, Nabi bersabda, maksudnya:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Makanan yang haram seperti haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak, bahan yang bercampur najis atau sumbernya daripada aktiviti tidak halal dibimbangi menyebabkan bahaya besar kepada mereka yang memakannya, iaitu:
Share:

Mi pembunuh, mengandungi asid borik, E-Coli

Mi pembunuh, sah mengandungi asid borik dan E-Coli



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelayar blog ini, sebagai pengguna, marilah kita prihatin dengan makanan yang kita makan. Makanan yang tidak mengandungi bahan kimia, membantu kita hidup dengan kualiti kesihatan yang optimum, inshaAllah.


Sahabat Roselle marketing, amat menitik beratkan akan kehalalal dan kesucian sesuatu produk yang kami pasarkan. Biasanya, produk yang kami jual, kami akan pastikan tidak emngandungi bahan pengawet berbahaya.

Contohnya, Mee kuning yang kami jual, tidak mengandungi bahan kimia. Oleh itu, hati-hatilah dengan makanan khususnya mee yang kita makan.

Berikut ialah salinan petikan daripada akhbar Kosmo pada Mac 2006,Kita akan dapat melihat sendiri, betapa besarnya hikmah mengapa Allah menyuruh kita makan makanan halal lagi thoyyiba.



07-Mar-2006
  
 Keratan akhbar laporan yang tersiar pada tahun 2006 dahulu

RAWANG - Kebimbangan orang ramai tentang kewujudan kuman E.Coli dalam mi kuning menjadi kenyataan apabila ia disahkan oleh ujian makmal yang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

Keputusan ujian yang dilakukan pegawai pusat kesihatan tersebut berdasarkan sampel sumber air yang digunakan oleh sebuah kilang mi mengesahkan ia menggunakan sumber air yang dicemari E.Coli.


Serentak dengan itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gombak, Tajudin Hamzah mengesyaki mi kuning yang dihasilkan di situ turut dicemari kuman tersebut.


"Bagaimanapun keputusan makmal sama ada kilang tersebut menggunakan asid borik dan baban terlarang lain dalam pembuatan mi kuning hanya akan diketabui tiga minggu lagi," jelasnya.



Beliau berkata demikian selepas mengetuai kira-kira 20 pegawai Pusat Kesihatan Gombak, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor dan Jabatan Kesihatan Selangor membuat pemeriksaan semula ke kilang mi tersebut semalam.


Hasil pemeriksaan selama tiga jam bermula 4 petang itu mendapati persekitaran kilang tersebut masih lagi tidak melepasi tahap piawaian kebersihan 50 peratus yang digariskan Kementerian Kesihatan.


Oleh itu, kilang tersebut tidak dibenarkan beroperasi.


Malah, ada kelibat lipas ditemui berkeliaran di kilang yang terletak di dalam hutan Sungai Samak yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama semasa
operasi tersebut.

Selain itu, operasi itu juga mendapati pemilik kilang menyimpan pengawet yang digunakan dalam pembuatan makanan bersama-sama dengan bahan bertoksik seperti Sodium Hydrosulphite yang biasa digunakan untuk mencuci lantai kilang dalam
stor yang sama.

KOSMO!
1 Mac lepas melaporkan kilang tersebut yang mengedarkan bekalan mi kuning, kuetiau, tauhu, taugeh dan laksa di pasar-pasar raya terkemuka di Lembah Klang diserbu setelah pendedahan penggunaan asid borik dalam mi kuning keluarannya yang dapat menjejaskan kesihatan pengguna.
Share:

APA ITU E-COLI

 APA ITU E-COLI?


- Nama penuh ialah Ezcherichia Coli.
-
- Bakteria penunjuk najis.
-
- Terdapat dalam usus manusia atau haiwan.
-
- Jika bakteria ini aktif dan agresif, ia mengundang
- maut.
-
- Merosakkan sistem imuniti tubuh.
-
- Kuman pengeluar toksin.
-
- Penyebaran melalui pembuangan najis.
-
- Tidak hilang dicuci dengan sabun.
-
- Melekat pada kuku yang panjang.
-
- Kesan dijangkiti ialah demam, muntah-muntah
- dan cirit-birit yang lama.
-
- Menyebabkan penyakit usus serius.
Share:

Masalah senggugut, Secret Honey Genius.

Muslim Choice, Secret Honey Genius,


TESTIMONI PENGGUNA 
SECRET HONEY GENIUS, MUSLIM CHOICE

Masalah Penyakit Senggugut Nama: Pn Fardhillah Bt Mahad
Umur : 35 Tahun

Lokasi:
Batu Caves, KUALA LUMPUR
Masalah: Penyakit Senggugut



Sejak remaja lagi saya mengalami sakit senggugut satiap kali ketika datang haid. Sakitnya tidak terhingga sahingga berguling-guling. Saya telah berjumpa seorang pengalaman perubatan tradisional. Atas sebab itu, setelah berkahwin saya telah dikurniakan 8 orang cahayamata. Tetapi masalah senggugut tetap saya hadapi masalah kepada juga terasa sakit.

Setelah mengambil SHG, kesanya begitu memuaskan hati saya. Sakit sanggugut telah hilang cuma masih terasa sakit kepala. Tetapi saya masih terus mengambil SHG sahingga ke hari ini. mudah-mudahan suatu hari nanti sakit kepala saya juga hilang. INSYAALLAH.

Bukan saya sahaja yang mengambil SHG malah seluruh ahli keluarga saya mengambilnya.  Kami semua merasa samakin sihat setelah mengamalkannya. Tambahan pula dalam keadaan negara kita masih lagi berada di dalam gelombang H1N1. Kita tahu sudah ada begitu ramai orang yang dijangkiti H1N1.

ALHAMDULILLAH, setakat ini, kami sakeluarga masih lagi terhindar daripada penyakit tersebut. Insyaallah kami sekeluarga akan meneruskan pengambilan SHG dan jika diizinkan ALLAH sepanjang hayat kami. Terima kasih kepada MUSLIM CHOICE kerana telah memperkenalkan SHG dan ia juga adalah sebagai altenatif kepada perubatan menurut SUNNAH Rasulullah S.A.W.

Sedikit Info apa itu senggugut

Senggugut – Masalah Senggugut Wanita

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

 

Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah “dysmenorrhoea”.

Share:

Keluarga Bahagia, Air tangan Ibu...

Keluarga Bahagia, Air tangan Ibu...

Kasih Ibu, walaupun keletihan, atau kepenatan, atau kesakitan, ibu tetap bangkit.

SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Keluarga bahagia, impian semua. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, salah satunya mestilah dengan masakan si ibu atau si isteri. Makanan yang dimasak sendiri di rumah kita, inshaAllah, Lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya.

Sebagai ibu rumah tangga, tentu akan memikirkan masakan apa yang hendak dimasak pada hari ini. Bagaimanapun sebaiknya pastikan masakan yang akan kita masak itu, dari sumber yang halal. Makanan yang halal, banyak keberkatannya. InshaAllah.

Antara aspek yang perlu diambil berat ialah zat dan vitamin yang perlu diperolehi oleh ahli keluarga kita. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil adalah makanan seimbang.


Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.

Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan? Sahabat Roselle Marketing ada menjual SUSU ILHAM, susu tepung buatan Muslim. Ada tepung beras Muslim, tepung gandum yang dibuat oleh Muslim, sardin yang dibuat oleh Muslim, dan lain-ain lagi produk runcit keluaran Muslim. 

Untuk beli online, sila klik di sini untuk caranya. Manakala bagi warga Johor dan Singapura, jemputlah datang ke kedai Sahabat Roselle Marketing ya.

Di bawah disertakan sedikit panduan perancangan hidangan harian untuk keluarga kita. Bagaimanapun, ia tidak bertjuan menggantikan khidmat nasihat Pakar Pemakanan anda.

Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :
 
SARAPAN PAGI
  • Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
  • Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
  • Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.
  • Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.
MAKAN TENGAHARI
  • Sediakan hidangan yang ringkas.
  • Dapatkan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat.
  • Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dari kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan

MAKAN MALAM
  • Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada siang hari, makanan tersebut boleh diambil pada waktu ini.
  • Sebaik-baik sediakan dua hidangan sayur-sayuran dan salah satu daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
SNEK
  • Jika perlu makanlah dengan sedikit. Pilihlah snek yang berkhasiat dan yang kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang rebus, jagung rebus dan biskut.
Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.


  • Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
  • Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan ubi.
  • Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  • Pilih makanan yang membekalkan protin seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.
  • Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain seperti ikan bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan kalsium.
  • Kurangkan menggoreng makanan terutamanya makanan yang disaluti tepung dan kurangkan masakan yang bersantan.
  • Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan anda. Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih daripada dua kali sebulan.
  • Gunakan kaedah memasak yang dapat mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
  • Selalulah menghidangkan makanan yang baru dimasak.
  • Apabila membeli makanan bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu anda memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.
Share:

Tip Kesihatan, Jom Tiru Rasulluah

Tip Kesihatan, Jom Tiru Rasulluah



“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. 
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. 
Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya".

 1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


3) TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4) GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5) TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah S.W.T.


7) TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8) PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Share:

Makanan Tambahan, Siapa Yang Perlu?


Makanan Tambahan, Siapa Yang Perlu?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pelbagai sitilah yang digunakan bagi menerangkan tentang makanan tambahan ataupun suplemen. Siapa yang perlu ambil makanan tambahan?

Jika anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. 

Sahabat Roselle Marketing ada menjual makanan tambahan dan produk kesihatan. 
Contohnya, produk berasaskan Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan.  Minyak Ikan kapsul halal, dari Halagel.

 Omega 3 Fish Oil, Kapsul halal

http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/02/pengedar-minyak-kelapa-dara-kapsul.html


Cuka Kurma KHALL, Klik di sini

 AWET MUDA, Klik di sini.

Contohnya, produk berasaskan Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan.  Minyak Ikan kapsul halal, dari Halagel,

Untuk beli online sila klik menu bar Beli Online di atas. Untuk kaedah beli online pun ada diterang kan di situ atau klik di sini.

Jom lihat. Adakah anda berhadapan dengan satu daripada senario ini?

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid folik dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.
Share:

Kepentingan Zat Vitamin dan mineral

Kepentingan Zat Vitamin dan Mineral

Gambar Roselle, kredit di sini.
Roselle mempunyai Vitamin C


PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.

Khasiat Roselle : 1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan.

Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya. 

Entry kami sebelum ini berkaitan Produk Kordial minuman Roselle, di sini.



KELEBIHAN KORDIAL ROSELLE MUSLIM CHOICETM :
 
Diberkati dengan 30 Juzuk Al-Quran yang dibaca oleh Pelajar-pelajar TAHFIZ.
Di gabung dengan KHASIAT Madu Lebah yang Hebat.
Aromanya yang unik dan rasanya segar asam manis.
Dihasilkan secara alami tanpa penambahan pewarna tiruan sehingga banyak digemari pengguna yang pentingkan kesihatan.
Disediakan dari buah-buah Roselle yang segar dan bermutu tinggi.
Pekat, Nisbah 1:7 bahagian Air dan lebih nilai untuk wang anda.
Tak Perlu ditambah gula, hanya dicampurkan air dan ais batu. Enak disediakan sejuk.

Produk kami yang lain, berasaskan ROSELLE, Dapatkan Awet Muda, Putri Alya daripada kami di sahabat Roselle Marketing, sila ke sinini. atau terus ke beli online kami.

Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
    Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
    Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
  2. Tambah kalsium setiap hari.
    Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
    Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
  3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
    Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
  4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
    Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
    Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.

  5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
    Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.

Berikut antara kepentingan zat vitamin dan mineral dan jumlah yang perlu diambil setiap hari.



Beta carotene
Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit arteri koronari.
5 -6 mg sehari
Vitamin A
Penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat. Boleh juga melindungi terdapat kanser tertentu.
4000 iu untuk perempuan
8000 iu untuk lelaki
Vitamin C
Menjaga gusi dan gigi sihat. Membantu dalam pembaikan tissue dalam badan , penyembuhan luka dan resapan zat besi dalam usus. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung dan katarak.
250 – 500 mg sehari
Vitamin E
Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung , katarak dan menambah imuniti.
200 – 400 iu sehari
Folate
Penting dalam tumbesaran dan metabolisma protein. Mengurangkan risiko cacat anak dalam kandungan. Boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan usus besar.
400 ug
Kalsium
Membina dan mengekalkan kekuatan gigi dan tulang. Membantu jantung berfungsi dengan baik. Mengurangkan risiko darah tinggi.
1000 mg sehari untuk dewasa
1200-1500 sehari untuk perempuan >50 tahun dan lelaki >65 tahun
Zat Besi
Penting untuk pembentukan haemoglobin (dalam darah) dan myoglobin (dalam otot). Penting dalam fungsi enzim dan protein dalam badan. Vitamin C penting untuk resapan yang baik.
10 mg sehari
Share:

Cantik, Sihat, Dengan Air

 Petua Untuk Cantik, Sihat, Dengan Air


Gambar di Atas; Air Mineral Infaq,
  Boleh dibeli di Sahabat Roselle Marketing,
019 7703029.

Air merupakan elemen yang sangat penting kepada kesihatan tubuh badan. Kepentingan air juga dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W agar kita memenuhi 1/3 dari perut kita dengan air. 

Kajian pakar kesihatan menunjukkan bahawa semua masalah kesihatan termasuk penakit-penyakit kronik berpunca daripada masalah dehydration.

Tips Ringkas Cara Minum air secukupnya:

(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam. Sikit, tetapi kerap. Wah, alangkah bagusnya kalau kita dapat buat sebegini.


*Tanpa anda sedari, Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!


(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum
.

*Jika botol besar, semangat mudah luntur
. Ini diakui oleh beberapa orang rakan saya.  
(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter).

PERCAYAKAH ANDA AKAN FAKTA BERIKUT?


Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
 
*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!

OK. Cuba kita fahami soalan dan jawapan ni?
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

Sebab, Otak kita mengandungi 90% air

*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? 
Dan anak siapa yang selalunya bijak?
Lagi...cuba kita lihat fakta ni. 
Apa yang ada dalam tubuh kita ialah... 
 
Otot kita 75% air

Tulang kita 22% air

Darah kita 83% air

Air menstabilkan suhu badan

Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel

Air melembabkan udara dalam paru-paru

Air meningkatkan kadar metabolisma!

Air melindungi organ-organ

Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

Air melindungi dan melembabkan rawan


Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

Tubuh selalu kepenatan

Sakit kepala yang kerap atau migrain

Sembelit

Ketegangan otot

Tekanan darah yang tidak seimbang

Masalah buah pinggang

Kulit kering

Risiko Kematian

Fungsi air dalam badan manusia:

1. Ia menghantar oksigen dan nutrien untuk bahagian lain Badan.
2. Ia membuang toksin-toksin dan sisa daripada badan
3. Adakah terlibat dalam penghadaman, penyerapan, edaran dan Kumuhan.
4. Mengatur suhu badan melalui perpeluhan.
5. Penting untuk darah, limfa, jus-jus pencernaan, rembesan-rembesan kelenjar 

dan produk sisa.
6. Mengurangkan geseran antara sendi-sendi dan memudahkan pergerakan.
7. Menghapuskan bakteria, virus-virus dan logam berat boleh itu terjejas 

dengan buruk otak.
8. Menghantar dorongan-dorongan saraf Regulates asid-bes Baki
9. Memudahkan fungsi-fungsi normal proses-proses badan.
Share:

Air ECPI, Air Untuk Kesihatan Anda.

Air ECPI, Air Untuk Kesihatan Anda.


Harga: Air ECPI 1.5 liter: RM8.00/botol
Air ECPI 500ml: RM3.00/botol

Hubungi Kami
Sahabat Roselle Marketing (JM 0454405-K) 
Untuk sebarang khidmat bantuan Berkaitan produk ECPI,  
ATAU lain-lain sila emailkan kepada
Email - srm_3029@yahoo.com Atau srm3029@gmail.com
Hotline SRM; 0197703029 

Air ECPI didalam memenuhi keperluan perut dan tubuh badan anda
 
Tahukah anda bahawa anda hanya memerlukan sebotol air ECPI sahaja sehari bagi memenuhi keperluan tubuh badan anda? Air ECPI ini bertindak sebagai makanan tambahan yang telah dilengkapi dengan pelbagai khasiat seperti mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik, herba, antiosida dan vitamin, seperti Ginseng collegen, Propolis, Royal jelly, Alfalfa, Madu, Colloid dan lain-lain.

Terdapat ribuan pengguna yang telah berpuas hati dengan kesan yang ditunjukan selepas minum air ECPI. Berikan sahaja masa 15 minit kepada air ECPI, ia DENGAN IZIN ALLAH SWT, mampu menunjukkan tahap luar biasanya kepada anda. Molekul air minuman ECPI lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikanya tidak seperti air minuman biasa.

Ringkasan bagaimana Air ECPI Diproses:
 
a. Electro Clustered
b. Rawatan Ultra Violet
c. Reverse Osmosis
d. Pengaksigenan
e. Pengalkalian
f. Diamond Clusrtered
g. Ozon
h. Berion

Kelebihan Air ECPI:
 
a. Mampu menembus dinding ‘intra cellular’
b. Mampu bertindak sebagai agen pengeyah toksin
c. Mengimbangi electrolyte yang diperlukan oleh tubuh
d. Mengandungi pro multivitamin dan pro hormon
e. Merangsang fungi organ
f. Merangsang kecergasan fizikal dan membantu mengatasi kelesuan dan keletihan
g. Membekal oksigen secukupnya kepada sel
h. Membantu mengatasi berlebihan berat badan tekanan darah tinggi.

Ia dihasilkan melalui proses yang sangat unik yang menggabungkan sistem rawatan sepert berikut ;

1.  Reverse Osmosis
Rawatan RO atau reverse osmosis dijalankan bagi tujuan:
1. Menyingkirkan bau busuk daripada air dan membuang warna air agar ianya menjadi jernih.
2. Air yang telah tercemar tentunya akan membawa kesan buruk kepada manusia, maka rawatan reverse ormosis amat diperlukan bagi mengeluarkan bendasing yang tidak diingini dari unsur air. Maka, sistem RO lazimnya digunakan bagi mengurangkan jumlah pepejal-pepejal lebur dan bahan terampai.

2. Alkaline
Air ECPI adalah kaya dengan unsur alkaline. Apakah yang dimaksudkan dengan Alkaline Water?

pH (kuasa, atau potensi, Hydrogen) = unit yang menunjukkan ketumpatan hidrogen air berasid dan beralkali. Air menjadi berasid dengan ion-ion hidrogen bertambah (H ), dan beralkali dengan bertambah hydroxyl ions (-OH).

Setiap sel hidup dalam badan kita mengadakan produk sisa. Nutrien itu daripada makanan kita adalah dihantar untuk setiap sel dan mereka membakar beroksigen untuk menyediakan tenaga bagi kita untuk hidup. Terbakar nutrien adalah produk sisa. Sama ada anda makan terbaik makanan atau paling teruk, semua makanan menjana produk sisa.

Makanan adalah diklasifikasikan sebaik atau buruk untuk anda didasarkan jumlah itu dan kualiti produk sisa ia menghasilkan. Kebanyakan daripada sel-sel kita pergi metabolisme selesai dan sel-sel mati lama ini juga menjadi produk sisa.



Produk sisa ini menjadi sisa pepejal, seperti, kolesterol, asid lemak, karang buah pinggang, dan sebagainya, dan, tidak dikenali untuk kami mereka mengumpulkan dan membina suatu tempat dalam badan kita. Pengumpulan ini tidak dihapuskan bahan-bahan buangan berasid dalam badan kita pecut penuaan itu proses.

Air beralkali membantu bahan-bahan buangan berasid badan kita dan membuat ia lebih mudah untuk badan untuk menghapuskan mereka. Pengumpulan bahan-bahan buangan pecut penuaan itu proses; pengurangan asid itu bahan-bahan buangan melambatkan penuaan itu proses mungkin pembalikan teratur ia.

Air beralkali bukan satu ubat untuk merawat atau menyembuhkan mana-mana penyakit-penyakit tetapi jika menggunakan sering, air beralkali mengurangkan asid itu sia-siakan, membenarkan satu peningkatan kesihatan biasa..

3. Oxygenation
Oksigen dan air adalah unsur-unsur penting untuk sesuai berfungsi badan. Air biasanya mengandungi di mana saja di antara 1 hingga 10 ppm (bahagian per juta) oksigen terlarut. Memberi oksigen menyiram mengandungi paras oksigen tambahan akan dibubarkan dan dimantapkan.

Nyata, sistem penghadaman itu tidak boleh memproses oksigen kepada aliran darah sepantas sistem pernafasan. Tetapi minum memberi oksigen air boleh menambah bekalan oksigen anda dan dengan itu membantu untuk memaksimumkan penepuan oksigen dalam darah anda.

Ini merupakan pergi mengoptimumkan fungsi metabolik. Oksigen tambahan akan meningkatkan stamina fizikal, tidur lebih baik, pembersihan tali perut dan lebih banyak tenaga. Air ECPI mengandungi oksigen 20% lebih tinggi dari air biasa.

4. Diamond clustered
Air minuman ECPI ini mempunyai saiz molekul air yang halus. Saiz molekulnya berukuran diantara 0.001 dan 0.004. Saiz yang halus ini membolehkan ia menembusi dinding sel dengan mudah. Sifatnya yang halus dan lembut mampu memberi kesegaran dengan cepat.


5. Ionize
Suatu pembaharuan terhadap proses pengalkalian berbanding air minuman biasa. ECPI tidak menggunakan bahan mineral untuk proses pengalkalian seperti air minuman biasa yang lain, sebaliknya ia menggunakan proses ionisasi atau proses penambahan ion hidrogen negatif (H-).

Tubuh badan secara biologi dan dan kimia memerlukan ion negatif berbanding mineral yang boleh didapati dengan banyak dari kolid. ECPI mempunyai kadar pH diantara 7.3 – 8.4.

6. Ozone disinfection
Air ECPI telah menjalani rawatan ozone. Ozon mempunyai lebih banyak penyahjangkitan keberkesanan pada bakteria dan virus-virus berbanding dengan pengklorinan.

Seperkara lagi, mengoksidakan ciri-ciri boleh juga mengurangkan tumpuan besi, mangan, sulfur dan mengurangkan atau rasa penghilang dan masalah-masalah bau. Oksida ozon besi, mangan, dan sulfur dalam air untuk membentuk logam tak larut oksida atau asasi sulfur.

Zarah-zarah tak larut ini kemudiannya disingkirkan oleh jawatan penurasan. Zarah-zarah organik dan bahan kimia akan menjadi dibasmikan melalui sama ada penggumpalan atau pengklorin kimia. Ozon tidak stabil, dan ia akan didegradasikan mengenai rangka masa meliputi satu beberapa saat untuk 30 minit.

Kadar degradasi itu adalah satu majlis ilmu kimia air, pH dan suhu air.

7. Ultra Violet
Ozon mempunyai lebih banyak penyahjangkitan keberkesanan pada bakteria dan virus-virus berbanding dengan pengklorinan. Seperkara lagi, mengoksidakan ciri-ciri boleh juga mengurangkan tumpuan besi, mangan, sulfur dan mengurangkan atau rasa penghilang dan masalah-masalah bau. Oksida ozon besi, mangan, dan sulfur dalam air untuk membentuk logam tak larut oksida atau asasi sulfur.

Zarah-zarah tak larut ini kemudiannya disingkirkan oleh jawatan penurasan. Zarah-zarah organik dan bahan kimia akan menjadi dibasmikan melalui sama ada penggumpalan atau pengklorin kimia. Ozon tidak stabil, dan ia akan didegradasikan mengenai rangka masa meliputi satu beberapa saat untuk 30 minit. Kadar degradasi itu adalah satu majlis ilmu kimia air, pH dan suhu air.


Di atas rawatan-rawatan air disebut telah membuktikan telah satu kualiti kebaikan dan adalah digunakan sepanjang dunia.

Bagaimanapun apakah kriteria terbaik dikehendaki oleh badan anda bagi membantu dalam masalah kesihatan atau memelihara kesihatan anda?

Adakah ia mencukupi cukup hanya telah air bersih?

Adakah ia mencukupi cukup hanya telah menyiramkan oksigen tambahan? Adakah ia mencukupi dengan air beralkali?

Adakah ia mencukupi cukup hanya telah air percuma bakteria?
Adakah ia mencukupi cukup hanya telah molekul-molekul paling kecil itu struktur-struktur?

Air terbaik diperlukan oleh badan adalah air bersih dengan nilai-nilai terapeutik. Air tenaga adalah berkaitan untuk nilai-nilai terapeutik hasil dari memasuki fasa-fasa rawatan-rawatan air. Soalan adalah apa adalah kandungan nilai-nilai terapeutik dalam air? Berapa banyak nilai-nilai terapeutik? Apa adalah satu bentuk ukuran untuk menghargai kualiti nilai-nilai terapeutik ia menghasilkan?
Share:

Jom Diet Dengan Sihat, Macam Nabi Muhammad SAW

Jom Diet Dengan Sihat, Macam Nabi Muhammad SAW



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah SWT, Ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayang-Nya meliputi segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa berita gembira kepada umat yang beriman dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia.


Dengan syakhsiah yang ditonjolkan dalam sirah yang harum, Baginda SAW telah bersungguh dan meletakkan sepenuh jiwa dalam memikul risalah. Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan generasi selepasnya yang mendokong Islam hingga ke hari Kiamat.


Begitu pantas masa berlalu. Saat demi saat, waktu demi waktu, bumi terus berputar di atas paksinya tanpa henti, melengkapi putarannya mengelilingi matahari.

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.




Pernahkah kita, disaran oleh doktor atau pengamal perubatan, yang merawat kita agar kita mengamalkan gaya hidup sihat? Salah satu gaya hidup sihat itu, ialah dengan mengawal diet dan pemakanan yang kita ambil. Terutama kepada pesakit kencing manis atau diabetis. Betul tak?

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Namun, sepatutnya kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran. 

Firman Allah SWT dalam Surah Al A'raf, ayat 31:



bermaksud:

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. 
 
 (Surah al-A’raf, ayat 31).

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga pemakanan kita. Makan dengan sihat. Amalkan gaya hidup sihat. Yang penting, makanlah makanan halal.

Makanan yang halal, dari sumber yang halal, akan membantu kita hidup lebih sihat. Kesihatan yang baik, inshaALLAH, moga dengan itu, kita sebagai khalifah Allah dapat beramal soleh dengan labih lebih banyak lagi. AMin. 



Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah 

1) Mengambil Kira Sistem Tubuh Manusia

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

2) Kawalan Kuantiti Makanan
 

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

 3) Isipadu Makanan, Makanan Lembut, Jika Baru Sembuh Dari Sakit


Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan.

Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

4) Mencegah Lebih baik Dari Mengubati

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

5) Makanan Seimbang

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

6) POSTUR BADAN RASULULLUAH SAW KETIKA MAKAN

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan.

Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

7) ADAB MINUM

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan.

Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. 

Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

8) BAGINDA TIDAK PERNAH MENCELA MAKANAN

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak.

Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Share:

Tanda-tanda Penyakit, Semak

Tanda-tanda Penyakit, Sekadar Semakan


Assalamualaikum, artikel ini sekdar semakan kesihatan sahaja dan tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan oleh doktor.

Jom kita amalkan cara hidup sihat.
Amalkan pemakanan halal lagi thoyyibadan gaya hidup sihat.
Semoga kesihatan yang baik, kita gunakan untuk beramal soleh kepada ALLAH SWT. Amin. Inginkan produk kesihatan bersatus halal lagi thoyyiba, produk yang dihasilkan oleh tangan-tangan yang menjunjung syahadah dan dipasarkan pula oleh tangan-tangan yang juga menjunjung Kalimah Thoyyibah?
Sila hubungi 0197703029. 


MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
  • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG

Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH: 
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.

Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh
  • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
  1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
 
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
  • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING

Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN

Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
  1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI

Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
Wallahu a’lam
Share:

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts