• PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

    PELUANG TAMBAH PENDAPATAN. KAMI PERLUKAN PENGEDAR SABUN NUR BALQIS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI DAN SINGAPORE.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Pengguna. Show all posts
Showing posts with label Pengguna. Show all posts

Natijah dan Kesan Makanan Haram

Natijah Kesan Makanan Haram  Di Sisi Islam



Assalamualaikum Wr,
Pada entry ini, cuba kita rernungkan kesan pengambilan makanan haram. Memanglah Kita tidak boleh menafikan fungsi tumbuhan dan haiwan yang wujud di atas muka bumi ini. yang sentiasa berzikir kepada Allah.
  Begitu juga dengan bukit bukau, gunung ganang, air hujan yang turun dari langit, guruh, petir, awan dan sungai serta lain-lain...
Masing-masing taat dan patuh kepada segala arahan Allah malahan sentiasa berzikir memuja memuji kebesaran Allah SWT. Jika dibandingkan dengan manusia, adalah sangat jauh bezanya.
Manusia pada hari ini terlalu alpa untuk mengingati Allah SWT. Bahkan jauh sekali untuk mentaati segala perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasululluah SAW.
Ada pihak mengatakan makanan haram ini juga mempunyai kebaikan. Akan tetapi keburukan itu lebih mendominasi akan kebaikan yang ada pada makanan tersebut. 
Maka tiadalah membawa faedah kepada kita jika mengambil makanan haram.
Bagi pecinta Produk Halal Muslim, dan ingin menyokong produk Halal Muslim, sila hubungi Sahabat Roselle Marketing di talian 019 7703029.
Berbalik kepada natijah makanan haram ini, dalam entry ini Pengklasifikasian mengenai keburukan pengambilan makanan haram ini boleh kita huraikan dari dua sudut manusia yang berbeza iaitu Umat Islam dan seluruh manusia.

Kita lihat dahulu pada sudut yang pertama, iaitu kesan yang akan berlaku jika seseorang muslim itu mengambil makanan haram dalam kehidupan harian mereka. 
Antara kesan-kesannya ialah :
1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.

2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan yang dilakukan juga tidak akan diterima. Amalanya seperti ibadah haji, solat, puasa , sedekah walaupun sangat banyak dan lain tidak mempunyai nilai disisi Allah selagi mana terus menerus mengambil makanan haram dalam kehidupan seharian. 
Begitu juga dengan taubatnya, sekalipun mengalir air mata darah memohon keampunan dari Allah, tetapi tidak meninggalkan perkara haram yang lain,taubatnya tidak akan diterima dan hanya tergantung begitu sahaja selagi mana ia tidak meninggalkan segala larangannya. 
Jangankan mahu menerima taubatnya, wajah orang yang memakan makanan haram juga tidak akan dilihat oleh ALLAH SWT.

3. Kehidupan menjadi tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan” ( HR Muslim & Tarmizi ).

4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.

5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. Tiada semangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkan dan kebajikan. 

Sebagai contoh, seorang suami hilang rasa cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.namun tidak timbul sedikitpun perasaan untuk melarang atau marah akan isteri dan anak-anaknya.

6. Bersemangat dalam melakukan maksiat. Apabila terdengar program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya, walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. 
Tetapi apabila mendengar program-program agama dan keakhiratan, maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.

7. Kepintaran dan kelebihan yang dikurniakan kepadanya oleh Allah digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya. Majlis-majlis ilmu juga terus dipinggirkan daripada agenda penting sesebuah segara. Mungkin mereka lebih suka kepada kesenangan yang sementara ini.

8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat sekarang ini..telah lahir akibat manusia memakan khinzir walupun secara santifik tetapi kesannya boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. 
Manusia tidak makan makanan haram tersebuk secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna yang telah menggunakannya. 
8 Kesan Di atas ini dipetik daripada  peribadirasulullah.wordpress.com

Seterusnya, kita lihat pula apakah kesannya kepada seluruh manusia secara umum dalam konteks yang lebih luas. Kebanyakan apa yang dirasakan oleh setiap muslim itu juga dirasai oleh kebanyakan manusia.

1. Menjejaskan kesihatan seseorang yang mengambil makanan haram. 
Sebagai contohnya, seorang peminum arak yang meminum arak melebihi had kebiasaanya akan mendapat beberapa kesan yang ketara kepada kesihatan mereka. 
Antara penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh pengamal minuman arak ini ialah seperti lemah jantung, barah mulut,sakit hati dan banyak lagi kesan-kesan yang akan dihadaipi seseorang itu . perkara ini telah dibuktikan dengan pelbagai hasil kajian yang dilakukan oleh saintis ahli perubataan yang hebat di dunia ini.

2. Peningkatan kes kematian. 
Jika dilihat dari sudut makna secara harfia mungkin kita boleh menimbulkan persoalan apa signifikannya hubungan makanan dan kematian. Akan tetapi kadang-kadang itu terlupa untuk untuk mencari keburukan sesuatu makanan itu. 
Banyak kajian yang telah dibuat mengenai makanan haram seperti arak.dalam suatu penyelidikan di Britain, menunjukkan bahawa kadar kematian di sana meningkat adalah disebabkan kerana meminum minuman beralkohol dan arak.
 Jika di Malaysia had maksimum kandungan alkohol dalam darah adalah0.08% atau 80mg alkohol per 100ml darah.
 Tetapi berbeza di Negara-negara lain yang lebih maju dan moden. Kandungan minima alkohol dalam daraah adalah lebih rendah kerana mereka mempercayai arak boleh membawa banya kesan yang buruk. 

3. Peningkatan kes-kes jenayah berat mahupun ringan. 
 Banyak fakta menunjukkan peningkatan kes-kes jenayah pada masa kini. Antara faktor-faktornya ialah ketidakwarasan akal akibat meminum arak. Ketidakwarasan akal atau mabuk akan menjadikan kita tidak sedar dengan apa yang dilakukan. 
Oleh itu pelbagai masalah dan kesalahan jenayah boleh dilakukan seperti membunuh orang, membunuh diri,pergaduahan, memandu dengan merbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan sebagainya. 
 Ini akan membawa kepada keresahan kepada seluruh penduduk setempat dan juga boleh mengancam keselamatan Negara. (Yadim.com.my / ekonomi)
Share:

Syarikat makanan perlu hasilkan produk lebih sihat

Syarikat makanan perlu hasilkan produk lebih sihat



Sebagai pengguna Muslim, kita mesti mengambil makanan yang halal lagi thoyyiba. Halal thoyyiba bermaksud yang halal lagi baik.

Bukan setakat halal, tetapi hendaklah memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh abdan kita supaya mudah untuk kita beirbadah kepada Allah. Berikut ialah petikan berita daripada BERNAMA.

Syarikat makanan setuju hasilkan produk lebih sihat: Liow

SEREMBAN: Beberapa syarikat makanan utama di negara ini bersetuju mengeluarkan produk makanan dan minuman lebih sihat dan berkhasiat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, hasil beberapa perbincangan dengan kementerian, syarikat terbabit akan mengambil langkah mengurangkan kandungan gula, garam dan lemak dalam produk makanan dan minuman mereka.

 "Saya mempengerusikan mesyuarat dengan semua syarikat pengeluar makanan dan kami mengeluarkan senarai 'boleh' dan 'tidak boleh' dilakukan.


 Mereka juga menyatakan komitmen untuk terus mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk masing-masing.

"Pada masa ini kita beri mereka panduan dan mereka lakukannya secara sukarela," katanya selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan dan Sarapan Pagi Sihat 1Malaysia di sini, hari ini.

Sekali pun begitu, Liow berkata, kementerian tetap akan memantau perkara tersebut dan menetapkan garis panduan serta tarikh akhir untuk syarikat terbabit melaksanakannya.

"Pegawai kita akan memantau perkara ini dan tarikh akhir untuk mereka melaksanakannya adalah sebagai Petunjuk Prestasi Utama bagi mereka di mana ia akan ditentukan berdasarkan perbincangan antara pegawai kita dan syarikat itu," katanya.
Liow berkata, kementeriannya juga akan menjalankan satu program bagi memastikan syarikat terbabit meletakkan label kandungan gula, garam dan lemak yang lebih tepat dalam produk keluaran mereka.

"Ini juga merupakan satu komitmen bagi mereka iaitu bagaimana untuk meletakkan label tentang makanan yang dikeluarkan tentang kadar gula dan kadungan yang berkhasiat untuk maklumat pengguna," katanya. - BERNAMA 
Share:

Ulat dalam mi kari ketika makan di kopitiam

Jumpa ulat dalam mi kari



IPOH - Seorang ahli perniagaan yang sedang menikmati malam di sebuah restoran kopitiam di bandar raya ini tergamam selepas menemui seekor ulat di dalam hidangan yang dipesannya, malam kelmarin.

Ziyad Solleh, 26, mendakwa kejadian itu berlaku semasa dia bersama rakan-rakan berkunjung ke restoran berkenaan kira-kira jam 7.30 malam.

Beliau mendakwa selepas hampir selesai menikmati juadah mi kari kering itu, dia terlihat seekor ulat sepanjang 2.5 sentimeter di dalam pinggan hidangannya.

“Selepas melihat ulat itu, tekak saya mula berasa loya dan hampir muntah kerana ia sangat menjijikkan,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.


Akibat tidak berpuas hati, Ziyad segera memanggil pengurus restoran untuk menyelesaikan masalah itu.

“Malangnya, hanya penyelia restoran sahaja yang muncul dan menyatakan pengurus mereka sudah pulang ke rumah. Penyelianya pula hanya memohon maaf di atas kecuaian tersebut dan tanpa melakukan apa-apa tindakan,” katanya yang kesal dengan perkhidmatan diberikan kakitangan restoran tersebut.

Dalam keadaan tidak puas hati, beliau terus mendesak supaya pengurus restoran tampil memberi penjelasan.
Akhirnya pengurus restoran terbabit datang semula dan selepas berbincang, mereka tidak mengenakan sebarang caj ke atas makanan yang di pesan Ziyad dan rakan-rakannya.

“Bukan niat kami mahu mengaibkan mana-mana pihak, cuma berharap mereka dapat pengajaran dan ambil iktibar daripada insiden itu. Premis yang menjual makanan perlu mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan supaya kejadian seperti yang saya alami ini tidak berlaku lagi ,” katanya.

Untuk rekod, dua tahun lalu, seorang penuntut sebuah kolej memfailkan saman terhadap dua syarikat yang berkaitan dengan sebuah restoran kopitiam terkemuka di Bandar Bukit Tinggi, Klang selepas mendakwa menemui sepasang kaki katak dalam makanan yang dipesannya.

Sumber; Sinar Harian,
ROSDALILAH ZAHARI
13 Mac 2012
Share:

SAJ jamin bekalan air tetap bersih

SAJ jamin bekalan air tetap bersih

 Penapis Air Murah

Air Mineral Infaq

Dapatkan Penapis Air Halal, Berkualiti tinggi, pada harga mampu milik. RM598 sahaja, klik di sini untuk info lanjut. Atau hubungi hotline SRM, 019 770 3029


SAJ jamin bekalan air tetap bersih
Artikel ini disalin daripada akhbar Sinar Harian Edisi Johor. Seperti yang dilaporkan oleh Wartawan Sinar Harian pada13 Mac 2012


YONG PENG – Syarikat Air Johor (SAJ) menyangkal tuduhan sesetengah pihak dengan mengatakan air yang dibekalkan kepada pengguna tercemar teruk, akibat pencerobohan dekat Empangan Bekok oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Jamaluddin Jamil berkata, pihaknya tidak akan sesekali membekalkan air kepada pengguna jika ianya tercemar dan tidak dirawat kerana ia melanggar Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.

“Selain perlu mengikuti piawaian terbabit, pihak SAJ juga perlu mematuhi had yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) termasuk kualiti air. 

Pihak SAJ sebenarnya tidak boleh sesekali gagal mengikut piawaian dan juga had yang telah ditetapkan, seperti sentiasa menjalankan ujian setiap dua jam ke atas parameter-parameter bakteriologikal, fizikal dan kimia, sebelum pembekalan air dilakukan kepada pengguna.

 Contohnya air di Sungai Sembrong, dahulunya pihak SAJ menggunakannya sebagai sumber bekalan air kepada warga Batu Pahat, tetapi setelah didapati tercemar, ia tidak lagi menjadi sumber bekalan air,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu sidang media khas berkaitan pencerobohan kawasan Empangan Bekok, semalam.


Turut hadir, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Dr Ir Wee Ka Siong.
Menurut Jamaluddin, pencerobohan berkenaan perlu dibanteras segera kerana jika dibiarkan, ia memberi kesan yang teruk sehingga 10 hingga 12 tahun akan datang.

Katanya, buat masa ini pihaknya mengesan sedikit pencemaran dan ianya dapat diatasi, namun sekiranya berterusan berlaku tanpa henti, dikhuatiri kandungan racun semakin meningkat sehingga menyebabkan air dalam empangan itu akan tercemar keseluruhannya.

“Setakat ini air masih lagi selamat, namun jika pencerobohan dibiarkan, ia akan memberikan kesan yang mendalam pada masa yang akan datang dan ia sebenarnya akan jadi serius ketika itu. 

Pihak SAJ akan dapat mengesan setiap apa juga aktiviti pencerobohan berdasarkan kandungan air yang dirawat, sebagaimana tiga minggu lalu, kandungan bahan asing dalam air dapat dikesan. 

Kami mempunyai data tertentu berkaitan pencemaran dan juga pencerobohan kerana sebelum dirawat, ia menunjukkan kadar tindak balas kimia terhadap air yang diambil,” katanya.
Air dari Empangan Bekok membekalkan kepada lebih 500,000 penduduk di sekitar Yong Peng dan Batu Pahat.
Share:

Pencemaran Air, 500,000 terdedah penyakit

Pencemaran Air, 500,000 terdedah penyakit

 Air, Anugerah Allah yang tak ternilai harganya.

Empangan Bekok, Gambar kredit kepada website kakipancing.net, di sini

Dapatkan Penapis Air Halal, Berkualiti tinggi, pada harga mampu milik. RM598 sahaja, klik di sini untuk info lanjut.

Disalin daripada Akhbar Berita Harian, seperti yang dilaporkan Oleh Mohamed Farid Noh, bertarikh 2012/03/13

BATU PAHAT: Kira-kira 500,000 pengguna air daerah ini yang mendapat bekalan daripada Empangan Bekok terdedah kepada ancaman pelbagai penyakit kronik termasuk barah dalam jangka panjang berikutan pencemaran air akibat pencerobohan berterusan yang berlaku di kawasan tadahan air itu.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong, yang mendedahkan larutan racun serta baja kimia tanaman kelapa sawit yang ditanam penceroboh dan diesel jentera yang digunakan di sekitar kawasan empangan mampu menyerap ke dalam tanah sebelum mengalir ke kawasan tadahan air di empangan berkena
an.

Katanya, larutan kimia berbahaya berkenaan mampu bertahan antara 10 sehingga 15 tahun di dalam kawasan tadahan air utama daerah itu, sehingga mencetuskan ancaman kesihatan jangka panjang kepada pengguna,
“Jika tiada langkah konkrit mencegah pencerobohan dilakukan segera, saya bimbang dengan tahap bekalan air yang disalurkan daripada empangan itu. Ancaman penyakit kronik termasuk kanser tidak boleh diambil mudah kerana penduduk daerah ini menggunakan sepenuhnya sumber air yang dibekalkan dan disalurkan dari Empangan Bekok.

“Bayangkanlah betapa sukarnya Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd mahu meneutralkan kembali air yang dicemari pelbagai larutan kimia berbahaya yang terkandung dalam tadahan air di Empangan Bekok ini sebelum ia disalurkan kepada penduduk, apatah lagi larutan berbahaya itu mampu bertahan di dalam air sehingga 10 hingga 15 tahun,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar mengenai Empangan Bekok, dekat sini.

Turut hadir Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Mohd Faiz Mohd Salleh; Penolong Jurutera Daerah, Saleha Bachok dan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SAJ, Jamaluddin Jamil.

Bulan lalu, Berita Harian mendedahkan pencerobohan di kawasan hutan Empangan Bekok yang berkeluasan 2,062 hektar itu boleh mengancam kawasan tadahan air utama negeri ini yang membekalkan air untuk setengah juta penduduk di sini.
Malah pendedahan itu membawa kepada penahanan tiga lelaki akhir bulan lalu yang sedang membersihkan sebahagian kawasan di situ dengan menggunakan jentolak untuk menanam kelapa sawit.

Sehubungan itu, Ka Siong berharap supaya kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa berkaitan menyegerakan langkah pewartaan kawasan empangan ini yang membolehkan langkah kawalan keselamatan ketat serta undang-undang mampan dikuatkuasakan.

Katanya, pihak berkenaan juga perlu mengambil langkah drastik dengan menempatkan pasukan tentera bersenjata bagi mengawal kawasan strategik dan berisiko ini bagi mengelak pencerobohan, sekali gus menjamin tahap keselamatan sumber air itu.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, pihaknya tidak menafikan ancaman penyakit kronik termasuk barah boleh berlaku jika tadahan air utama di empangan berkenaan terus dicemari larutan kimia berbahaya secara berterusan.

Katanya, pada masa ini, SAJ mempunyai prosedur tahap tinggi bagi meneutralkan bekalan air yang selamat dan terjamin sebelum ia disalurkan dan dibekalkan kepada pengguna di daerah ini termasuk menerusi pemeriksaan berkala tahap air yang mematuhi piawaian tinggi ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Share:

Awas, Lolipop Pendafluor kimia Bahaya

Awas, Lolipop Pendafluor kimia Bahaya,

Lolipop pendafluor dilarang

S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini. 

 PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.

 Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanser

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.

Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.

“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.


Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.

Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

“PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.

Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lalu. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.
"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak.
Share:

Ops sijil halal fasa 2,

Ops sijil halal fasa 2

 KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan sijil halal peringkat kedua dengan mengambil pendekatan lebih bersifat separa penguatkuasaan termasuk memberikan surat amaran, bermula bulan depan.


Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, langkah itu sebagai usaha menggalakkan premis makanan menurunkan logo halal tidak diiktiraf, selain mengemukakan permohonan mendapatkan sijil halal selepas kelonggaran mengenainya diberikan dalam tempoh tiga bulan.

“Setakat tiga bulan lalu, operasi penguatkuasaan sijil halal lebih bersifat mendidik dan menggunakan kaedah berlembut. Maknanya, walaupun mereka melakukan kesalahan, tetapi masih ada ruang untuk pemilik premis dididik dan menurunkan logo halal tidak diiktiraf.


“Kalau mereka tidak memegang sijil halal, kita menggalakkan mereka mengemukakan sijil halal diiktiraf dengan Jakim, tetapi bermula bulan depan, surat amaran akan diberikan kepada pemilik premis sebagai bukti ketegasan Jakim menangani isu halal,” katanya, semalam.

Hakimah berkata, jika dibandingkan dalam operasi penguatkuasaan sijil halal sebelum ini, penguatkuasaan peringkat kedua sepatutnya tidak dipandang sambil lewa kerana tindakan lebih tegas menanti sekiranya Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dilaksanakan sepenuhnya.

“Sebab itu kita nasihatkan kepada mereka yang tidak mempunyai sijil halal diiktiraf supaya berbuat demikian. Ruang yang masih berbaki sehingga penghujung bulan ini untuk pemilik premis makanan menurunkan logo halal tidak diiktiraf dan memohonnya kepada Jakim masih terbuka.


“Mengikut akta berkenaan, jika gagal berbuat demikian, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 (individu) dan RM250,000 (pertubuhan) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Share:

Bahaya minyak kitar semula

Bahaya minyak kitar semula 



TIONG LAI (kiri) bertanya sesuatu kepada seorang peserta pertandingan memasak di Kuala Lumpur semalam.
 
Pada 6 Mac lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membongkar satu sindiket mengitar semula minyak masak yang sudah diguna sebelum dijual semula kepada orang ramai di pasaran tempatan.

Hasil siasatan mendapati sindiket terbabit akan mengambil atau membeli minyak masak yang sudah digunakan dari restoran di sekitar Lembah Klang sebelum dicampur dengan minyak masak baharu.

Jual minyak masak kitar semula: Rakyat diminta salur maklumat

10/03/2012 6:01pm

KUALA LUMPUR 10 Mac — Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu kementerian itu mengesan pihak yang menjual minyak masak kitar semula.

Beliau berkata, kementerian itu sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

"Setakat ini 22 buah kilang penghasilan minyak di seluruh negara dikenal pasti mempunyai stok minyak kitar semula tetapi mereka hanya menggunakannya untuk proses biodiesel serta penghasilan sabun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Love and Creative Cuisine Competition” anjuran Wanita MCA di sini.

Pada 6 Mac lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membongkar satu sindiket mengitar semula minyak masak yang sudah diguna sebelum dijual semula kepada orang ramai di pasaran tempatan.

Hasil siasatan mendapati sindiket terbabit akan mengambil atau membeli minyak masak yang sudah digunakan dari restoran di sekitar Lembah Klang sebelum dicampur dengan minyak masak baharu.

Mengulas lanjut, Liow berkata, pengilang yang menjual semula minyak kitar semula akan didakwa di bawah Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dikenakan penalti RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.—BERNAMA


KUALA LUMPUR – Pengusaha makanan terutama restoran makanan segera perlu menyediakan laporan secara berkala berhubung pengurusan minyak masak terpakai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut perlu bagi membendung tindakan segelintir pihak yang didakwa membeli minyak masak itu dan menjualnya semula.

“Kita sedang kaji cadangan ini supaya kementerian dapat memantau tindakan pengusaha terhadap minyak masak terpakai mereka.

“Minyak masak kitar semula boleh memudaratkan pengguna kerana ia gagal menghasilkan suhu yang cukup untuk memasak dan jika dibuang menyebabkan pencemaran,” katanya selepas merasmikan pertandingan memasak anjuran Eu Yan Sang Sdn. Bhd. di sini semalam.
Share:

Ibu terkejut, Roti manis, berinti besi

Ibu terkejut, Roti manis, berinti besi


KUALA LUMPUR: Seorang ibu tergamam apabila menyedari anak lelakinya hampir tertelan objek besi dipercayai serpihan pisau ketika asyik menikmati roti manis yang dibeli dari sebuah stesen minyak berhampiran Taman Len Seng, Cheras, di sini.

Pekerja swasta, Azizatul Naem Ismail, 34, berkata dia terkejut apabila mendapati objek besi sepanjang garis pusat itu terdapat dalam roti berkenaan yang hampir habis dimakan anaknya dalam kejadian 15 Februari lalu itu.

Katanya, dia bagaimana pun bersyukur anaknya, Muhammad Wafi Najib, 9, tidak tertelan objek tajam itu sebaik menyedari kehadirannya dalam roti berkenaan apabila dia tergigit serpihan besi itu.


Azizatul berkata, akibat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia bertemu dengan pemilik stesen minyak bagi mengadu hal berkenaan sebaliknya ditawarkan RM60 atau diganti roti baru.


“Saya menolak ganti rugi berkenaan kerana bukan itu yang saya mahukan tetapi saya mahu perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain.  (HARIAN METRO)
Share:

Lebih ramai bumiputera perlu ceburi industri halal

Lebih ramai bumiputera perlu ceburi industri halal - Mukhriz

Produk Halal Keluaran Muslim, yang dipasarkan oleh SRM ada pelbagai jenis.

 Bihun Muslim

Mee Kering Duha Untuk Membeli, sila lihat menu bar di atas, beli Online. Maklumat lanjut sila hubungi Encik Yusuf di 019 7703029

Utusan Malaysia, 29/02/2012 3:50pm

SUNGAI PETANI 29 Feb. - Lebih ramai pengusaha bumiputera disarankan menceburi industri halal yang kini mempunyai pasaran global yang semakin besar.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, industri halal mengalami pertumbuhan pesat setiap tahun dan “siapa cepat dia dapat”.



Mukhriz berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa menjadi pemangkin dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mendedahkan kepada golongan bumiputera kepada industri halal yang ada.

"Kita sediakan kursus, latihan khidmat nasihat mengenai apa yang perlu mereka lakukan supaya produk keluaran mereka itu layak mendapat sijil halal tetapi akhirnya terpulang kepada usaha sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Keusahawanan Industri Halal Bersama Bekas Tentera Malaysia di sini petang semalam. - BERNAMA
Share:

Peraturan wajib dedah barangan tak halal

Peraturan wajib dedah barangan tak halal

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Saripuddin Kasim berkata, ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.

“Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga,” katanya ketika dihubungi. - Bernama
Share:

Denda logo halal mulai 1 Julai

Denda logo halal mulai 1 Julai 

 PEMILIK restoran akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jakim mulai 1 Julai ini.

BERA – Semua pemilik premis makanan diberi tempoh sehingga akhir Mei ini untuk memastikan logo halal yang dipamerkan adalah keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana mulai 1 Jun, pengusaha yang mempamerkan logo halal selain daripada yang dikeluarkan oleh Jakim akan diberi amaran sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan bermula 1 Julai di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011.

Di bawah akta itu, pesalah individu boleh didenda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala syarikat atau premis pula boleh didenda RM500,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya logo halal diiktiraf manakala logo yang lain termasuk yang dikeluarkan oleh pihak swasta dalam dan luar negara tidak dibenarkan.


“Kementerian saya bersama Jakim telah menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan berhubung penggunaan logo halal itu di mana anggotanya akan bertindak tegas ke atas premis perniagaan yang tidak mengikuti arahan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 1,109 penduduk Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Kerayong di sini semalam.

 sumber: KOSMO

Share:

Makanan Haram, Menimbulkan beberapa Masalah

Makanan Haram, Menimbulkan beberapa Masalah



 Hati mempunyai kebolehan memandang dan mengenal sesuatu, merasa senang susah, lahir atau ghaib khususnya Allah SWT. Inilah kelebihan manusia daripada haiwan-haiwan iaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenarnya hingga ia menjadi hamba Allah yang benar-benar takutkan Allah. 

Ini difirmankan Allah:  Apabila disebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka. (Al AnfaaI: 2)

Bersabda Rasulullah SAW bermaksud: Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan.  

Kalau mata kita buta, kita tidak dapat melihat, tidak mengenal malah tidak dapat berjalan lagi. Begitulah kalau hati buta, kita tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menempuh jalan syariat lagi. Kita tidak takut, tidak redha, tidak tawakal, tidak yakin, tidak berharap kepada Allah, tidak cinta, tidak yakin dengan janji-Nya iaitu Syurga, Neraka, Hari Hisab, seksa kubur, dan lain-lain lagi. Dan bila ama- lan itu tidak ada di hati kita maka datanglah penyakit hati.

Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.


Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadisebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa. 

 


Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti
Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain. 

 Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH.


Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.
Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan. 

 Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongka
Share:

Halal jadi nilai tambah produk tempatan,

‘Halal’ jadi nilai tambah produk tempatan

BAHAGIAN pertama laporan khas semalam menyentuh soal barangan ‘haram’ yang laris di pasaran. Sikap pengguna Islam yang dikatakan tidak mengambil berat tentang status sesuatu produk tersebut menyebabkan peniaga dan pengusaha mudah mengambil kesempatan.
  Dalam hubungan ini, masalah yang berlaku sukar ditangani tanpa penglibatan serius pihak berkuasa. Justeru, kerajaan didesak supaya bersikap tegas terhadap pihak terbabit.

Malah, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam turut mahu agar kerajaan memastikan setiap produk gunaan harian yang dijual di negara ini diwajibkan mempunyai label bagi menjelaskan status sebenar produk tersebut.

Bahagian akhir laporan khas ‘barangan haram laris di pasaran’ oleh wartawan, ROSALINDA MD. SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN menjawab kebimbangan orang ramai terhadap isu ini.
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pengusaha tempatan terutamanya pengeluar barangan gunaan seperti produk penjagaan diri, kosmetik dan peralatan digalakkan memohon pensijilan halal Malaysia sebagai ‘tiket’ menembusi pasaran negara Islam.

Ini berikutan produk halal tersebut termasuk makanan semakin mendapat permintaan daripada pengguna di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, England, Perancis, Brazil dan Argentina.


Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia), Fadilah Baharin berkata, pihak industri seharusnya sedar bahawa perakuan halal kini merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran untuk melariskan produk mereka.

“Perakuan halal akan memberi kelebihan kepada pihak industri sendiri kerana pengguna akan berasa lebih yakin dan tidak ragu-ragu membeli produk yang dikeluarkan kerana ia selamat dan suci,” katanya ketika ditemui di Cyberjaya, baru-baru ini.

Malah Fadilah berkata, piawaian halal yang dibangunkan oleh Standards Malaysia diperakui dunia dan sepatutnya pengusaha tempatan menggunakan peluang tersebut untuk menembusi pasaran halal antarabangsa memandangkan jumlah pasarannya kini mencecah AS$680 bilion (RM2.17 trilion).

Jelas beliau, Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam negara untuk melebarkan pasaran tempatan mereka.
“Menerusi akta tersebut, mana-mana produk import yang tidak menepati peruntukan halal ditetapkan, tidak akan dibenarkan memasuki pasaran tempatan mulai tahun depan.
“Secara tidak langsung, ia memberi kelebihan kepada pemain industri halal tempatan,” katanya.
Share:

Pengguna Muslim, sedarlah, Barang 'haram' laris di pasaran?

 Pengguna Muslim, sedarlah, Barang 'haram' laris di pasaran?

Artikel daripada Utusan Malaysia, 2/2/2012

Barang 'haram' laris di pasaran?


PELAKSANAAN Akta Perihal Dagangan 2011 yang hanya mengiktiraf logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mulai tahun ini nyata memberi keyakinan kepada pengguna Islam menikmati produk makanan tanpa was-was.

Di sebalik keputusan dianggap terbaik ini, kita seolah-olah terlupa bahawa soal halal atau haram bukan menjurus tentang makanan semata-mata. Hakikatnya, ia juga membabitkan barangan kegunaan harian termasuk peralatan kosmetik.

Namun, sejauh manakah kita pasti bahawa peralatan atau barangan digunakan itu adalah daripada sumber yang halal? Pernahkah kita terfikir terdapat sikat rambut yang diimport diperbuat daripada haiwan yang haram digunakan oleh masyarakat Islam?

Hakikatnya, banyak lagi barangan berasaskan bulu, tulang, lemak atau kulit babi yang begitu laris penjualan dan penggunaannya di kalangan pengguna Islam tanpa disedari berikutan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak penjual.



Ikuti laporan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, ROSALINDA MD. SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDDIN serta jurugambar, MOHD. FARIZWAN HASBULLAH, MOHD. AZIM ABDUL RAHMAN dan ZAINI HUSIN bagi menyingkap fenomena lambakan barangan kegunaan ‘haram’ tetapi turut laris di kalangan masyarakat Islam.
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Haram tetapi laris. Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar daripada barangan kegunaan import yang kita gunakan di rumah diragui status halalnya.
Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di empat buah pasar raya besar dan pusat beli belah sekitar ibu kota mendapati daripada 20 barangan kegunaan yang dijual, separuh tiada tanda halal.
Apa yang lebih mendukacitakan, ada di antara produk tersebut didapati antara bahan pembikinannya diperbuat daripada sama ada bulu, tulang atau kulit babi.
Kebanyakan barangan kegunaan itu terdiri daripada produk keperluan harian dan dandanan diri selain peralatan serta kelengkapan rumah.
Antaranya ialah sikat, losyen, pinggan-mangkuk, barangan kulit (kasut, jaket, tali pinggang) dan berus cat (termasuk berus lukisan).
Sudahlah tidak halal, paling mengejutkan ialah apabila barangan itu langsung tidak diasingkan kedudukannya.
Ini dikesan menerusi bungkusan barangan tersebut yang jelas memaparkan label made of boar (diperbuat daripada babi).
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa barangan lain seperti berus cat dan berus lukisan yang tidak mempunyai sebarang maklumat.

Status berus terbabit hanya terdedah apabila ujian makmal dilakukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Produk Halal (IPBH) di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Keputusan mendapati, beberapa berus cat yang diuji tersebut sah diperbuat daripada bulu babi.
Hakikatnya, persoalan halal atau haram barangan kegunaan tidak akan selesai selagi tiada penguatkuasaan tegas pihak berkuasa.

Ini sekali gus memudahkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaburi mata pengguna Islam semata-mata untuk melariskan barangan kegunaan haram yang dijual.

Sebagai panduan, teliti satu persatu kes di bawah ini agar kita dapat bersama-sama mencari penyelesaian terbaik berhubung isu barang gunaan haram di Malaysia.
BARANG 1: SIKATSEKALI imbas tiada siapa akan menyangka sikat rambut bulat yang dijual di salah sebuah kedai kecantikan terkemuka di sebuah pusat beli belah di ibu kota ini rupa-rupanya berstatus tidak halal.
Bukan satu atau dua, bahkan sudah ramai pengguna Islam meluahkan kekesalan dan rasa tertipu mereka akibat terbeli sikat yang diperbuat dari babi itu.
Namun sikat yang bercirikan ion-seramik itu masih juga diletakkan di rak barangan tanpa sebarang label yang tertulis 'tidak halal' di sampingnya.
Sikap pengusaha kedai yang enggan melabel 'tidak halal' meskipun pada bungkusan barangan itu telah jelas terpapar maklumat diperbuat daripada babi secara tidak langsung memperlihatkan ketidakprihatinan mereka.
BARANG 2: BERUS CATPERNAHKAH anda menggunakan berus cat yang memiliki ciri-ciri seperti - bercabang di hujungnya, boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras serta tidak mudah rosak dan tertanggal?
Percaya atau tidak, berus cat yang selama ini anda gunakan untuk mengecat dinding rumah mahupun bilik rupa-rupanya diperbuat daripada bulu babi yang dikenali sebagai babi biri-biri atau mangalitsa.
Makin mengejutkan, tinjauan di kedai barang dan peralatan mendapati, dari tujuh berus yang terdapat di rak barangan, lima daripadanya begitu ketara menunjukkan ciri-ciri berus cat bulu babi.
Melihat kepada bilangan berus cat yang banyak serta kepelbagaian saiznya berbanding tiga jenis berus cat sintetik yang turut dijual, tidak keterlaluan dikatakan berus cat haram ini sememangnya laris dan popular di kalangan pengguna.

BARANG 3: PINGGAN MANGKUKBERWASPADALAH ketika membeli pinggan mangkuk dan perkakas makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan termasuk tulang babi.

Istilah bone China bermaksud campuran tulang-temulang babi yang dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi tanah liat.

Amat mudah untuk mengenali perkakasan yang mengandungi tulang babi kerana kebiasaannya tercatat bone China di belakangnya.
Tujuan menggunakan tulang itu adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus serta warnanya yang lebih putih dan ringan. Justeru, tidak hairanlah jika pinggan-mangkuk daripada sumber bone China dijual agak mahal berbanding porselin biasa.
Share:

Perkara Yang Haram, Jika ada dalam Rezeki

Perkara Yang Haram, Jika ada dalam Rezeki,
                            Apakah Yang AKan berlaku?


Nuget Ayam, Halal Lagi Suci, 


Sahabat Roselle turut memasarkan, Makaroni Halal,
 Info lanjut sila hubungi 019 7703029 
dan  di sini.


Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih.

Apabila darah yang haram terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudian jantung akan membahagi darah kesekujur tubuh.

Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. 


Dan bila sampai kemulut, orang itu dapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara-perkara maksiat.
Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan-jalan ke tempat maksiat.

Rezeki yang haram apabila dibeli alat-alat rumahtangga, hidup dalam rumahtangga kacau bilau dan berantakan dan tiada ketenangan dan kedamaian di dalam rumahtangga. Kemudian apabila seorang mukmim, makan dan minum dari rezeki yang haram apa lagi orang yang memasak makanan dan minuman itu tidak bersolat atau sembahyang, makanan itu haram hukumnya.
 



 Berasaskan Hadith RasululLah S. A. W.

Sahabat nabi dan menantu nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata, apabila setitis arak tertumpah jatuh ke dalam perigi. Kemudian kering air perigi itu, lalu tumbuh rumput disumur itu (perigi). Aku tidak akan mengembala ternakanku disitu. 


Oleh sebab itu marilah jadikan sebagai iktibar peristiwa tersebut di atas. Supaya kita orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita umat Islam
Share:

Jeli Dari Kulit Babi, Gula-gula Gelatin babi

Jeli Dari Kulit Babi, Gula-gula Gelatin babi

Gambar Laporan daripada Akhbar harian metro 14 November 2007

Halal Haram, Telitilah Makanan Anda
Persoalan makanan halal, haram tidak boleh diambil mudah

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168) 
Ibn kathir dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan, perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat serta elok dari segi tabiat dan syarak. Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. 
 
Halal Haram, Telitilah Makanan Anda
Persoalan makanan halal, haram tidak boleh diambil mudah, 
sila klik di sini.

Kenapa Makanan Yang Halal,
sila klik di sini

Laporan daripada Akhbar harian metro 14 November 2007 :

 Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.
 
Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.

 Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.
Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.


 Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya. 

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.
“Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was. “Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.
“Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam. “Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal,” katanya.
Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram. Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.
“Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai,” katanya.
Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China. Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat. Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.
“Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.
“Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula,” katanya. Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

“Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.

“Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih,” katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan. 

Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.

“Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing,” katanya. Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim.
Share:

Pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang, Kadar tol turun 50 peratus,

Pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang, Kadar tol turun 50 peratus,



PENGGUNA Lebuh Raya Cheras-Kajang pasti lega dengan pemotongan kadar tol sebanyak 50 peratus berkuat kuasa malam tadi.



KAJANG - Kira-kira 120,000 pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang kini boleh menarik nafas lega apabila Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) mengumumkan pengurangan bayaran tol sebanyak 50 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat keputusan tersebut bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pengguna yang melalui jalan tersebut setiap hari.

 
Lebuh Raya Cheras-Kajang yang dikendalikan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. mempunyai dua plaza tol masing-masing di Plaza Tol Batu 9 dengan kadar bayaran RM1 dan Plaza Tol Batu 11 (90 sen).

Bagaimanapun, Najib mengumumkan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, dimansuhkan berkuat kuasa tengah malam tadi.

"Keputusan kerajaan ini akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.
Share:

SHEIKH Mohd. Noh, Usahawawan Cili Parit Raja,

SHEIKH Mohd. Noh, Usahawawan Cili Parit Raja,

SHEIKH Mohd. Noh, Usahawan Tani Cili, Berbudi kepada Tanah

 

SHEIKH Mohd. Noh Sheikh Hassan gembira memperkenalkan kebun cili 'cintil' miliknya di Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam Batu Pahat, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


BATU PAHAT 1 Mac - Sebut sahaja cili padi, ia cukup sinonim bagi masyarakat negara ini kerana merupakan salah satu bahan penting atau 'wajib' dalam masakan, khususnya kaum Melayu.

Tidak kira orang utara, Pantai Timur malah selatan tanah air, boleh dikatakan setiap menu masakan tidak sempurna jika tanpa cili padi.

Menyedari cili mendapat permintaan yang tinggi dan bekalannya tidak pernah mencukupi, seorang usahawan, Sheikh Mohd. Noh Sheikh Hassan membuat keputusan mengusahakan tanaman cili jenis 'cintil' secara sambilan sejak September 2008.

Sheikh Mohd. Noh, 29, bersama rakannya Mohamed Izam Dolmamin, 31, pada peringkat awal hanya mengusahakan 600 pokok cili 'cintil'.

Namun begitu, memandangkan hasil dan sambutan yang menggalakkan, dua sahabat itu menambah bilangannya kepada 1,400 pokok pada peringkat kedua dan 2,000 pokok ketika ini.

Menurut Sheikh Mohd. Noh, berikutan permintaan tinggi selain potensi tinggi tanaman itu, dia mengambil keputusan berhenti bekerja kilang pada 2009 untuk mengusahakan tanaman cili 'cintil' secara sepenuh masa.

"Pada 2010 saya mendaftar sebagai peserta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Raja dan menerusi penyertaan itu saya menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi mengembangkan tanaman cili tersebut secara besar-besaran berikutan permintaan yang tinggi.

"Tanpa disedari kejayaan saya telah dilihat oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan pada 2010 saya dianugerahkan Peladang Jaya Kebangsaan kerana berjaya mengusahakan cili 'cintil' berskala besar.

 
"Kejayaan itu telah menjadi kayu pengukur untuk PPK Parit Raja meluluskan peruntukan RM200,000 bagi mengembangkan tanaman itu dengan 3,500 pokok di kawasan seluas 0.4 hektar," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia di kebunnya di Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam, di sini baru-baru ini.

Sheikh Mohd. Noh berkata, dengan keluasan kebun tersebut, pihaknya kini mampu mengeluarkan 120 kilogram (kg) cili 'cintil' sehari dan jumlah itu sebenarnya hanya dapat memenuhi permintaan dua daripada 84 kedai yang ada di Pasar Borong Batu Pahat berbanding keperluan kira-kira 500 kg sehari.

"Lagipun, harga cili padi jenis ini cukup baik berbanding cili Siam iaitu RM12 kg bagi harga borong dan RM20 kg untuk harga runcit, manakala dari segi kepedasan ia lebih pedas daripada cili Siam.
"Berdasarkan maklum balas dan penelitian, cili jenis ini amat digemari pelanggan dan seorang pekedai runcit memaklumkan, 10 kg cili cintil boleh dijual sehari berbanding sekilogram cili api Siam yang mengambil masa seminggu untuk habis terjual," katanya.

Daripada segi pendapatan pula, tambah Sheikh Mohd. Noh, hasil jualan cili padinya mampu mencecah sehingga RM4,000 sebulan.

Menurutnya, kerja memetik cili 'cintil' dilakukan oleh 10 penduduk tempatan yang diberi upah RM2 setiap sekilogram.

Mengenai perancangan masa depan, Sheikh Mohd. Noh berharap dapat berkongsi pengalaman dan memberi khidmat nasihat untuk melahirkan 128 usahawan yang baru berjinak-jinak untuk mengusahakan tanaman tersebut.

"Para usahawan itu terdiri daripada peserta PPK Parit Raja yang akan menanam 6,400 pokok cili dengan 50 pokok setiap seorang. Menerusi 128 usahawan dan 6,400 pokok cili, ia mampu menghasilkan 5,120 kg cili semusim.

"Jika berjalan lancar projek yang akan bermula pada bulan ini akan menjadikan daerah ini sebagai hab pengeluaran cili api 'cintil' terbesar negara," katanya.

Sementara itu, Mohamed Izam melahirkan keyakinan, jika ramai masyarakat di negeri ini mengusahakan tanaman tersebut, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan cili import yang sebahagian besarnya dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia.

"Sebaliknya, jika ramai usahawan menanam cili, kita pula yang mampu mengeksport cili ke negara-negara lain bagi memenuhi keperluan mereka," katanya penuh yakin.

Bagi Muhammad Hazman Mat Syned, 30, dari Benut, Pontian, beliau turut berjinak-jinak menanam cili 'cintil' kerana yakin dengan potensinya yang boleh memberikan pulangan lumayan.

Menurutnya, dia mengetahui potensi besar cili 'cintil' semasa mengunjungi Ekspo Agro dan makanan Johor yang berlangsung di Projek Pertanian Moden, Kluang pada November tahun lalu.

Teruja melihat Sheikh Mohd. Noh yang berjaya mengusahakan tanaman tersebut, Muhammad Hazman akhirnya mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman itu secara serius dengan bantuan pengusaha berkenaan.

"Pada mulanya, saya menanam 600 pokok di sekeliling rumah tetapi kini dengan keluasan tambahan tanah yang ada, saya menambah 400 pokok menjadikan 1,000 pokok.

"Menerusi pengalaman mengusahakan tanaman cili ini, saya dapati ia lebih mudah berbanding menjadi kontraktor, kerana tidak banyak masalah dan harga cili pula tidak pernah jatuh iaitu kira-kira RM12 kg pada harga borong," katanya.
Share:

Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur, EDL, percuma

Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur, EDL, percuma 

 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) laluan baru ke Singapura. Gambar kredit Berita Harian.

EDL percuma mulai 1 Mac

JOHOR BAHRU 26 Feb. - Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) akan dibuka mulai 1 Mac ini secara percuma untuk satu tempoh yang belum ditetapkan sehingga kerajaan memutuskan kadar tol yang sesuai untuk dikenakan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia bagi memberi peluang kepada pengguna membiasakan diri dengan kemudahan itu yang dibina bagi mengurangkan kesesakan di jalan utama di bandar raya ini.

"EDL akan mengurangkan kesesakan jalan raya di Jalan Tebrau selain memendekkan masa perjalanan dari Plentong, Pasir Gudang ke Kota Iskandar, Nusajaya kepada kurang daripada 30 minit.

"Kadar tol akan dimuktamadkan dan diumumkan beberapa minggu lagi kerana kerajaan masih dalam pertimbangan mengenainya. Kami harap akan dapat keputusan yang baik antaranya melibatkan pengguna jalan raya yang tidak menggunakan EDL untuk ke Singapura," katanya selepas majlis perasmian pembangunan SouthKey di Galeri Jualan Southkey di sini, semalam.


Isu EDL menjadi bualan hangat kerana kadar yang bakal dikenakan ke atas pengguna jalan raya untuk pergi dan balik dari Singapura adalah RM15.30 apabila melalui tol Touch 'n Go di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Jelas Abdul Ghani, perkara yang menjadi rungutan adalah kewajaran membayar tol itu bagi pengguna jalan raya yang tidak menggunakan EDL walaupun pengguna di sekitar bandar ini tidak dikenakan sebarang caj.
Beliau berkata, Jalan Bakar Batu turut dinaik taraf kepada empat lorong yang mana kerja pembinaannya bermula September ini dan dijangka siap sepenuhnya awal 2014.

Katanya lagi, pemaju projek, Selia Group menerima dana pemudah RM35 juta daripada Kerajaan Pusat bagi kerja-kerja berkenaan melibatkan jalan 1.8 kilometer yang bakal menghubungkan Jalan Tebrau dengan EDL.
SUMBER; UTUSAN MALAYSIA, Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
Share:

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts