Ops sijil halal fasa 2,

Ops sijil halal fasa 2

 KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan sijil halal peringkat kedua dengan mengambil pendekatan lebih bersifat separa penguatkuasaan termasuk memberikan surat amaran, bermula bulan depan.


Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, langkah itu sebagai usaha menggalakkan premis makanan menurunkan logo halal tidak diiktiraf, selain mengemukakan permohonan mendapatkan sijil halal selepas kelonggaran mengenainya diberikan dalam tempoh tiga bulan.

“Setakat tiga bulan lalu, operasi penguatkuasaan sijil halal lebih bersifat mendidik dan menggunakan kaedah berlembut. Maknanya, walaupun mereka melakukan kesalahan, tetapi masih ada ruang untuk pemilik premis dididik dan menurunkan logo halal tidak diiktiraf.


“Kalau mereka tidak memegang sijil halal, kita menggalakkan mereka mengemukakan sijil halal diiktiraf dengan Jakim, tetapi bermula bulan depan, surat amaran akan diberikan kepada pemilik premis sebagai bukti ketegasan Jakim menangani isu halal,” katanya, semalam.

Hakimah berkata, jika dibandingkan dalam operasi penguatkuasaan sijil halal sebelum ini, penguatkuasaan peringkat kedua sepatutnya tidak dipandang sambil lewa kerana tindakan lebih tegas menanti sekiranya Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dilaksanakan sepenuhnya.

“Sebab itu kita nasihatkan kepada mereka yang tidak mempunyai sijil halal diiktiraf supaya berbuat demikian. Ruang yang masih berbaki sehingga penghujung bulan ini untuk pemilik premis makanan menurunkan logo halal tidak diiktiraf dan memohonnya kepada Jakim masih terbuka.


“Mengikut akta berkenaan, jika gagal berbuat demikian, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 (individu) dan RM250,000 (pertubuhan) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Share:

No comments:

Post a Comment

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts