UTM, KPJ bina hospital penyelidikan

UTM, KPJ bina hospital penyelidikan

 UTM SKUDAI





JOHOR BAHRU: Sebuah hospital khas bagi menjalankan penyelidikan dan mencipta peralatan kesihatan canggih yang pertama di negeri ini akan dibina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dekat Skudai selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang, berkata pembinaan projek akan ditanggung sepenuhnya oleh UTM dan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

“Hospital ini dijangka memberi manfaat kepada orang ramai dan pelajar perubatan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Syarahan Jobstreet.com oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Chang, di Dewan Sultan Iskandar, dekat sini.


Dr Zaini berkata, selain doktor, hospital itu akan menggunakan kepakaran jurutera bertauliah bagi mengendalikan mesin perubatan canggih berbanding operator mesin biasa di hospital lain.

“Hospital ini bukan pusat perubatan biasa kerana kita hanya memberi fokus kepada kajian dan penyelidikan dan oleh itu, tenaga kerja akan diisi mereka yang benar-benar layak.

“Pada masa yang sama orang awam juga boleh mendapatkan perkhidmatan di situ, namun mereka perlu bersedia menerima rawatan serba canggih dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Mark Chang berkata, hanya 50 peratus daripada lebih 30,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan menerusi JobStreet.com diisi setiap bulan berikutan sikap memilih kerja terutama di kalangan graduan yang baru menamatkan pengajian.
Antara jenis pekerjaan popular yang ditawarkan adalah dalam sektor penjualan dan pemasaran, pembinaan serta teknologi maklumat.

Katanya, dua juta orang sudah mendaftar di portal terbabit bagi merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan industri berkaitan dengan 100,000 daripadanya adalah graduan yang baru menamatkan pengajian. Sehingga kini, 10,000 majikan mengiklankan tawaran pekerjaan di JobStreet.com.

“Kerap kali juga berlaku graduan gagal mendapat pekerjaan kerana faktor kurang permintaan terhadap bidang pengajian yang dipilih, manakala banyak majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai antara syarat.

“Malah bukan graduan juga terlalu memilih pekerjaan, mengharapkan gaji tinggi dan menganggap tawaran gaji tidak sepadan kos sara hidup sehingga mereka menolak peluang yang ditawarkan,” katanya.

SUMBER; BERITA HARIAN
UTM, KPJ bina hospital penyelidikan
www.bharian.com.my
Berita Harian, 14 Mac 2012
UTM, KPJ bina hospital penyelidikan
Share:

No comments:

Post a Comment

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts