Bagaimana Wujudnya Kedai Halal SRM
Sejarah SRM,
Kedai Muslim, Barangan Muslim,
Untuk Pengguna Muslim
Gambar Kedai SRM di Puchong, Selangor
Pengenalan
Sahabat Roselle Marketing(SRM), merupakan pemborong halal hub kepada peniaga dan pengguna produk Muslim. SRM sentiasa berusaha untuk memastikan produk- produk halal muslim dapat di pasarkan kepada para peniaga seterusnya memudahkan pengguna untuk mendapat produk tersebut.
Ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan Muslim bersaing maju dalam perniagaan.
Gambar Kedai Sahabat Roselle Marketing di Skudai, Johor Baharu, Johor
Bagaimana wujudnya Sahabat Roselle Marketing?
Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim. Beberapa pendedahan media sebelum ini menambahkan lagi tahap kesedaran Masyarakat Islam akan kepentingan memastikan status halal sesuatu produk yang dibeli.
Misalnya mengenai kandungan bahan berbahaya iaitu bahan peluntur dalam tepung gandum, kandungan asid boric dalam sesetengah jenama mee, tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.
Cuba periksa barangan keperluan harian kita. Barang untuk masakan, jenama apakah yang kita pakai??? Siapakah yang membuat dan mengilangkannya?? Produk tersebut, ada tanda HALAL atau tidak?? Apakah kandungan yang terdapat didalamnya??
Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran. Pengeluaran juga bergantung kepada permintaan.
Sedangkan majoriti pengguna di negara kita adalah Orang Islam. Sebagai Muslim, sudah tentunya memerlukan semua produk yang berstatus halal seperti makanan, minuman, alat kosmetik, alat penjagaan diri, barangan kesihatan dan alatan rumah tangga, dan lain-lain lagi.
Maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Begitulah juga kewujudan Kedai Halal Muslim. Ia juga merupakan tuntutan syarak.

Sahabat Roselle Marketing, Peneraju Halal Muslim Mart Anda,
Sebenarnya banyak produk Muslim ada di luar sana . Cuma tiada kaedah pemasaran yang teratur, membuatkan produk Muslim, yang biasanya di usahakan secara Perindustrian Kecil dan Sederhana, kurang mendapat tempat di hati pengguna kerana sukar pengguna muslim untuk mendapatkan bekalannya.
Kadang-kala, produk IKS Muslim ini lebih baik dan bermutu tinggi. Selain suci dan bersih.
Kadang-kala, produk IKS Muslim ini lebih baik dan bermutu tinggi. Selain suci dan bersih.
Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL MUSLIM dalam kehidupan seharian, pengurus SRM bertekad untuk mengubah cara kehidupan masyarakat agar lebih peka terhadap produk muslim yang merupakan aset penting dalam kehidupan seharian .
Tambahan pula, Pengurus SRM sendiri, adalah seorang yang sangat menjaga makanan dan minuman sehariannya.
Tambahan pula, Pengurus SRM sendiri, adalah seorang yang sangat menjaga makanan dan minuman sehariannya.
Kami di SRM , sentiasa memastikan produk yang kami jual tidak mengandungi unsur yang haram dan syubhat. Ini termasuklah produk makanan, minuman, produk kecantikan, produk penjagaan diri, bahan pencuci, rempah-ratus, barang runcit dan lain-lain.
Oleh kerana , menjual barang-barang halal merupakan fardhu kifayah, maka SRM telah terjun dalam bidang pemasaran produk Muslim ini.
Untuk itu, SRM telah berusaha untuk menjadi pemborong produk halal muslim yang terdiri daripada barang runcit dan produk kesihatan. Lalu tertubuhlah Sahabat Roselle Marketing dan KEDAI SRM yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim sahaja.
Bersambung pada bahagian berikutnya, InshaAllah

As salam sila luaskan ke seluruh negara...terima kasih...
ReplyDeleteSaya amat2 menyokong product muslim 100%...
ReplyDelete