• PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

    PELUANG TAMBAH PENDAPATAN. KAMI PERLUKAN PENGEDAR SABUN NUR BALQIS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI DAN SINGAPORE.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Jangan Bersedih dengan Keperitan Kedukaan Hidup

Jangan Bersedih dengan Keperitan Kedukaan Hidup


Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya-upaya ..
 bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu..
bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
 ALLAH setia di sisimu,
 bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak menjadi tahu tujuan, 
ALLAH ada jalan penyelesaiaannya,
 bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa dan ALLAH adalah jawapannya.



Renungkanlah Maksud Firman Allah SWT:

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
(QS Al: Insyirah:5-6)
Ya Allah, Kasihanilah Kami...Hayati Firman Allah di Bawah ini pula...

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. 
(Al Baqarah: 286)

 USAH BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH

Ketika kita rasa sangat lemah tak berdaya menghadapi ujian dan tekanan hidup, ketika merasa diri sangat lemah dek bebanan perasaan samada putus cinta, dimarahi, dihina orang, difitnah orang, dicemburui orang,  dan apa sahaja maslah yang menimpa,
maka, usah sekali berputus asa daripada rahmat Allah.

Kerana, Allah SWT adalah yang paling memahami kita, hambaNya yang dicuptakan oleh Allah SWT. Hayatilah maksud Firman Allah SWT di bawah ini:

Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). 

Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Share:

Nurulnadia raih gelaran Permata Tenggara

Nurulnadia raih gelaran Permata Tenggara, Kerana Cemerlang STPM


KULAIJAYA 12 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Nurulnadia Yeem Rohani, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara (SMKBT), di sini bukan sahaja menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan sebuah komputer riba, malah turut digelar sebagai 'Permata Tenggara'.

Gelaran tersebut diberikan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika melawat Nurulnadia di rumah keluarganya di Felda Penggeli Timur, di sini.

Gelaran itu berikutan kejayaanNurulnadia mencipta sejarah sekolah dan kawasan Parlimen tersebut dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.


Halimah berkata, kejayaan Nurulnadia itu amat membanggakan dan menjadi bukti bahawa usaha gigih bukan sahaja menjadikan pelajar itu cemerlang, malah gemilang dan terbilang.

"Saya berharap Nurulnadia dapat mengekalkan prestasi cemerlang untuk bersaing dan terus mencapai kejayaan terbaik dalam bidang dipilihnya.

''Tahniah juga kepada guru dan ibu bapa yang banyak memainkan peranan penting bagi menyemai dan menanam semangat tinggi kepadanya untuk berjaya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nurulnadia merupakan antara 19 penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STPM Kategori Aliran Sastera di seluruh Johor apabila memperoleh A dalam semua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Pengajian Am, Pengajian Syariah dan Sejarah.

Menurut Nurulnadia, dia terharu atas sumbangan itu dan berjanji menggunakan wang dan komputer riba yang diterima sebaik mungkin,

Ketika ditanya mengenai rahsianya berjaya muncul antara pelajar terbaik, Nurulnadia berkata, dia memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam bagi mengulang kaji setiap mata pelajaran selepas tamat waktu persekolahan.

"Pada masa sama, selain rajin bertanya dalam kelas saya juga sering menjadi 'guru' kepada rakan lain," katanya yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Share:

Tip belajar, Cara Memperolehi keberkatan dalam belajar

Tip belajar, Cara Memperolehi keberkatan dalam belajar

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal.

Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu.

 Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

 Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.

Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
Share:

Tip Kesihatan, Jom Tiru Rasulluah

Tip Kesihatan, Jom Tiru Rasulluah



“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. 
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. 
Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya".

 1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


3) TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4) GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5) TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah S.W.T.


7) TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8) PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Share:

Blog, Nota untuk Diri, Blog Jadi Saksi di Akhirat

Blog, Nota untuk Diri,  Blog Jadi Saksi di Akhirat



Allah berfirman:
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
(Yassin : Ayat 65)

Jika kaki, tangan dan mulut akan menjadi saksi  di akhirat
Blog pula adalah salah satu bahan bukti kepada tangan serta jari jemari.
Apa yang kau tulis?
Apa yang kau gambarkan?
Suatu hari pasti akan diperhitungkan..
Blog memang tak bernyawa
Blog juga tak punya suara

Tetapi ia punya Jiwa
Jiwa yang dihadirkan pemiliknya
Untuk diresap ke minda pembaca

 

Kita semua sedar…

Apa guna blog tanpa pembaca
Disana ada tanggungjawab tertancap pada Blogger

Kemana kau ingin membawa mereka?

Sama-sama menghirup haruman Syurga
Atau merasai kepanasan lembah Neraka

Ingatlah!
Usah berblog jika hanya mahu berumpat keji
Kelak berguni dosa yang akan kau tanggungi 

Usah berblog jika hanya mahu bergosip dan fitnah sana-sini
Kerna itu hanya buat kau miskin pahala suatu hari nanti

Usah berblog jika hanya mahu diangkat dan dipuji
apakah kau lupa disitu ada syaitan sedang bersembunyi?

Marilah bermuhasabah..
Blogger Muslim perlu punyai jiwa hamba
Untuk menuntun diri dan sekalian pembacanya

Kerna kaulah Murabbi di era Cyber

Alang-alang berblog
biarlah sampai membuka jalan ke syurga..

Menulislah kerana Allah, InsyaAllah akan ada kebahagian dan kesenangan hati. 
Moga medan penulisan ini setidaknya memberatkan mizan kita ke syurga. 
Ya Allah ampunkan kekurangan diri dan kalam yang tidak selaras dengan hidup ini.
Share:

JOM BELAJAR; FOKUS SEPENUHNYA, KETIKA MENGHAFAL

JOM BELAJAR; FOKUS SEPENUHNYA, 
KETIKA MENGHAFAL



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Belajar juga memerlukan kemahiran belajar. Kali ini, Kak Intan berkongsi artikel berkaitan Tip Belajar: Fokus Sepenuhnya Ketika Menghafal.

BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.

Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan atau catatan fakta. 

justeru, cara hafalan yang betul ialah:



  • Menggunakan gambar sebagai memori

    Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

    Berikan tumpuan penuh semasa menghafal.


    Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.


  • Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.

    Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.


  • Mula belajar sejak awal.
    Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.

  • Mengulang kaji sedikit-sedikit.
    Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.


  • Buat nota ringkas.
    Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika mengulang kaji


  • Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.
    Share:

    Tautan Hati

    Tautan Hati

    Tautan Hati
    Yang Berpaksi
    Kasih Kerna Ilahi
    Kan terus termeteri
    Meski
    Ombak dan badai
    mendesah tanpa henti

    Tautan Hati
    Kerna Ilahi
    pasti Kan teruji
    ombak fitnah itu pasti

    namun jika hati
    kembali
    kepada Ilahi
    bersatu hati

    buang yang keruh
    ambil yang jernih

    InshaAllah pasti
    tautan hati
    terus mekar mewangi
    hingga ke taman firdausi...

    kerna tautan hati
    bila kerana Ilahi
    bertemu tak jemu
    berpisah tak gelisah

    ......................By Kak Intan SRM.....
    Share:

    Cinta Rasululluah SAW, Kepada Umat



    Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
     
    “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” 
    (riwayat al-Darimi).

    Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

    Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

    Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. 


    Terjemahannya:

    Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

    Malah Rasulullah pernah bersabda:

    Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.
    (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

    Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

    Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:
    Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

    Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

    Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: 

    Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.”

    Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. 

    Maka Allah berfirman kepada Jibril as,“Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

    Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka.

    Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)
    Share:

    Siapa yang diakatakan sahabat...


    Siapa yang dikatakan sahabat...

    Teringat suatu waktu dahulu
    ketika berada di sebuah sekolah menengah
    Ketika generasi Y2K belum meluas
    seorang kakak senior yang dihormati
    menitipkan kata-kata ini di buku tulisku.
    Dan kata-kata beliau itu kini
    bertebaran di ruang maya.
    Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah...
    Mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu...
    Terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah...
    Berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah..
    Lalu...siapakah itu sahabat?

    Sahabat….

    Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya..
    membawa mengingati ALLAH...
    apabila tersenyum padanya...
    terasa ketenangan di jiwa..

    apabila merenung matanya
    terzahir kejujuran dari sinarannya..

    Mendengarkan kata-katanya..
    Menyejukkan hati yang resah..

    berbicara dengannya..
    menghilangkan rasa gundah..

    Melihat gerak gerinya..
    Membuat aku kagum ..

    kerana taatnya pada suruhan Ilahi..
    meninggikan takutku kepada ALLAH...

    Subhanallah, dia
    dia yang sungguh
    elok budi pekerti..
    elok tutur kata penuh hikmah
    elok berbahasa lunak didengari..
    elok santun sopannya menegur diri ini..

    dan suatu anugerah Ilahi
    kerana kelembutannya...
    berbicara menambat hati..




    Dia
    Sahabat
    Anugerah Allah
    Yang sangat beharga
    Kerna sewaktu bersamanya
    Membawa hatiku kepada ALLAH..

    Berteman dengannya..
    Terbit kekuatan di hati..

    Bersahabat dengannya..
    Tiada susah yang aku hadapi..
    Hanya kehidupan yang penuh warna warni


    Namun, ingatlah wahai sahabat..
    Kita pernah tersenyum…tanda gembira..
    Kita pernah menangis..tanda duka..
    Kita pernah bahagia..bersama..
    Sesungguhnya kita sentiasa bersama..

    Aku hanya orang kecil..
    Mungkin ada atau tidak dihati kalian…
    Tidak memberi apa-apa makna…

    Tetapi ingin ku luahkn disini…
    Apa yang terpendam dihati…
    Aku….ckup bersyukur…
    Mengenali dan menjadi sahabat kalian…

    Aku…cukup bertuah…
    Kerana kalian, aku masih disini..

    simpanlah ini sebagai kekuatan...
    simpanlah ini sebagai kenangan..
    jangan dibuang jangan dihilangkan...

    tiada gantinya kalian di ingatan...
    Kalianlah sahabatku yang terbilang…
    Dunia dan akhirat..

    Catatan Oleh Kak Intan
    Share:

    Cinta Ilahi


    Ya Allah, jagalah cintaku ini
    Agar ia terus tetap di jalan
    Yang Engkau redhai.
    ameen.

    Cinta Ilahi...


    Cinta Ini...


    "Ya Allah, dengan izinMu,

    Telah banyak yang aku lalui

    Hingga pernah resah jiwa ini

    Hingga pernah gelisah hati ini


    Cinta dunia pernah merantai hati

    Walau tidak pernah kuzahiri

    Dalam sederap langkah perjalanan hidupku


    Jika dulu telah Engkau izinkan

    Aku merasai kehangatan kasih dalam alpa


    Jika dulu Engkau benarkan

    Aku menikmati rindu adam kepada hawa

    Jika dulu Engkau biarkan

    Aku di dalam bahagia yang sementara


    Cukuplah wahai tuhanku!


    Kerana di sebalik semua itu

    Aku pernah kehilangan cintaMu

    Pernah gersang jiwaku

    Pernah tandus imanku!


    Derita itu merobek ketenanganku

    Hatiku yang telah retak semakin retak


    Solatku tiada lagi khusyuknya

    Rukukku tiada lagi ikhlasnya

    Sujudku bersama fikiran yang melayang entah ke mana

    Tahajjudku sudah tiada serinya

    Munajatku sudah hilang air matanya!

    Imanku longlai untuk berkata-kata!


    Dan Ya Allah

    Setelah semua itu aku lalui

    Dengan penuh susah, jerih dan payah

    Kugagahi jua langkah lemah ini

    Berbekal harapan yang tidak pernah mati


    Akhirnya kutemui cintaMu yang hakiki


    Manisnya kurasai

    Bahagia dan ketenangan abadi!

    Bersama setiap sedutan nafas

    Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir

    Hati ini bahagia dengan mengingatiMu

    Hati ini derita bila melupaiMu


    Engkaulah Kekasih dan cinta hatiku


    Sekalipun tidak

    Aku berasa kecewa kerana dikecewakan

    Bahkan hati yang retak kembali pulih


    Hati yang merana kembali damai

    Hati yang sirna kembali menyinar!


    Syukurku padaMu tuhan!

    Atas segala kurniaan

    Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini,


    Jangan Engkau lenyapkan,

    Jangan Engkau kuburkan


    Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan!

    Biarkan hati ini....

    Berbicara tanpa halangan lagi

    Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu


    Ya Allah Ya Tuhanku

    Kurniakan kepadaku

    Sekeping hati yang kuat

    Agar ia terus hidup di dalam cahayaMu

    Selamanya!


    Puisi Diedit kembali Oleh Kak Intan SRM

    Kredit to; Tautan Hati Fan Page, BY HAZANUTZ sLAY,

    Share:

    Teman Sejati....



    Siapakah Teman Sejati?



    ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ ::


    “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)

    *teman yang kurindui dan ingati...satu dalam jutaan, memberi kekuatan di saat kedukaan dan putus asa...penawar hati..menceriakan suasana,bersabar atas kelemahanku... may ALLAH bless her abadan abada~*
    Share:

    Definition List

    Definition list
    Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
    Lorem ipsum dolor sit amet
    Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

    Pages

    Recent Posts