• PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

    PELUANG TAMBAH PENDAPATAN. KAMI PERLUKAN PENGEDAR SABUN NUR BALQIS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI DAN SINGAPORE.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Sejarah SRM. Show all posts
Showing posts with label Sejarah SRM. Show all posts

SEJARAH KEDAI HALAL MUSLIM SAHABAT ROSELLE MARKETING(JM0454405-K)

SEJARAH  KEDAI HALAL MUSLIM SAHABAT ROSELLE MARKETING(JM0454405-K)

 Barang runcit yang ada di Kedai SRM

 Gambar Booth SRM Di Karnival Mahabbah IKIM 2011
SEJARAH  KEDAI HALAL MUSLIM SAHABAT ROSELLE MARKETING(JM0454405-K)

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah, di hening awal pagi ini, saya cuba mencatatkan sedikit titipan daripada Pengasas SRM, merangkap Pengurus SRM, ENcik Ali. Ia berkaitan sejarah awal penubuhan Sahabat Roselle marketing.

Sejarah, adalah suatu perkara yang wajar kita toleh untuk kita ambil pengajaran. Dengan mempelajari sejarah, kita dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kita. Sejarah, bukan untuk kita tangisi, atau kita ratapi. Tetapi untuk kita ambil iktibar demi masa depan yang lebih gemilang. InshaAllah.

Tujuan artikel ini disiarkan di blog ini adalah sebagai Motivasi bersama para pembaca blog ini, khususnya kepada para pelanggan dan usahawan bumiputera.

Sejarah Pengasas Sahabat Roselle Marketing
Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006. Menyedari keperluan semasa Umat Islam, yang memerlukan barang halal dibuat oleh tangan-tangan yang menjunjung Kalimah Syahadah, Pengurus SRM mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Dengan iltizam dan semangat kejayaan akan memihak kepada orang yang sabar, pengurus SRM  menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengumpulkan dan menjual semua produk Halal Muslim di seluruh Malaysia . 
Beliau seorang yang bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, tidak malu di hina ,yakin produk halal muslim,suatu hari  akan di terima masyarakat muslim. SRM terus memasarkan produk Halal Muslim yang selalunya berstatus PKS walaupun pada awalnya di perlekeh orang muslim sendiri. 
Pada peringkat awal berniaga, SRM, memasarkan produk berasaskan buah roselle sseperti halwa ,jem, dan kordial roselle keluaran Bumiputera Muslim. Tanpa mengenal erti putus asa, dan gigih berusaha sendiri,  SRM menjual produk tersebut di Pasar-pasar Tani, pasar peladang dan ekspo jualan seperti di Plaza Angsana.
Kemudian sedikit demi sedikit Sahabat Roselle Marketing mencari dan menambahkan produk halal keluaran Orang Islam atau juga dipanggil muslim untuk dijual dan dipasarkan di Kedai Sahabat Roselle.
 Kata-kata Hinaan Bukan Penamat Perjuangan dalam Berniaga

Kata-kata hinaan dan nista, adalah lumrah kehidupan. Begitu juga yang dilalui oleh Pengurus SRM. 
Kata-kata hinaan seperti,”
“Alah, kalau setakat  jual produk Islam je, boleh maju ke.”
“Eh, boleh dapat untung ke jual Produk orang Islam ni? “
“ Ada orang nak beli ke produk macam ni?”
“ Ada orang datang kedai ke?”
Yakin Janji Allah 
Yakin atas janji Allah bahawa Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar dan benar, Pengurus SRM, meneruskan langkah maju setapak demi setapak lagi dalam bidang perniagaan pemasaran produk Halal Muslim. 
Istiqamah,teruskan perjuangan,jangan peduli orang cakap,sabar dan doa, adalah kata-kata motivasi yang di berikan kepada pekerja. Ingatlah rezeki kita, Allah yang beri bukannya manusia.
Inspirasi beliau ialah beliau ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW yang menjadi peniaga dan usahawan Berjaya. 
Bukankah,  Berniaga juga adalah Sunnah Rasulluah SAW? 
Maka, usahlah kita malu untuk berniaga. Kita bukan mencuri.  Kita bukan meminta daripda orang lain. Tapi kita berusaha di atas kaki kita sendiri.
InshaAllah artikel berkaitan Sejarah SRM ini akan bersambung sedikit masa lagi. Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen membina di blog ini.
Share:

Sejarah Pengasas Sahabat Roselle Marketing

SEJARAH PENGASAS SAHABAT ROSELLE MARKETING(JM0454405-K)
 
Objektif Sahabat Roselle diwujudkan

Sahabat Roselle Marketing, Kedai Muslim, Untuk Penguna Muslim

SAHABAT ROSELLE MARKETING, PRODUK MUSLIM PILIHAN ANDA
Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."
 Mari kita hayati kehidupan Islam yang indah dan lengkap. Islam sebagai suatu cara hidup kita. Salah satu aspek kehidupan seorang Muslim ialah aspek halal sesuatu makanan, minuman dan barang yang kita gunakan seharian. InshaAllah.
DALIL NAQLI 
 
Firman Allah SWT
 
 bermaksud:
 
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
 
DALIL AQLI
 
Riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
yang mafhumnya: Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, 
 
“Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’”
 
 (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
SEJARAH  AWAL ,  SAHABAT  ROSELLE  MARKETING
Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006.
OBJEKTIF
Sahabat Roselle Marketing sentiasa menambah produk- produk halal untuk di pasarkan disamping dapat membantu usahawan bumiputera muslim bersaing maju dalam perniagaan. Ia juga mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.
MISI
Warga SRM beriltizam tinggi untuk menjadikan SRM pemborong dan Peruncit terunggul produk halal muslim di Johor khasnya, Malaysia amnya.
Misi SRM juga adalah jelas. Kami berazam Untuk menyelesaikan permasalahan kepengunaan barangan HALALLAN  THOYYIBAH serta mempertahankan maruah dan hak pengguna ISLAM.
Share:

Bagaimana Wujudnya Kedai Halal SRM

Bagaimana Wujudnya Kedai Halal SRM

Sejarah SRM, 
Kedai Muslim, Barangan Muslim, 
Untuk Pengguna Muslim

 Gambar Kedai SRM di Puchong, Selangor

Pengenalan
Sahabat Roselle Marketing(SRM), merupakan pemborong halal hub kepada peniaga dan pengguna produk Muslim. SRM sentiasa berusaha untuk memastikan  produk- produk halal muslim dapat di pasarkan kepada para peniaga seterusnya memudahkan pengguna untuk mendapat produk tersebut.
Ini secara tidak langsung  dapat membantu usahawan Muslim bersaing maju dalam perniagaan.

  Gambar Kedai Sahabat Roselle Marketing di Skudai, Johor Baharu, Johor

Bagaimana wujudnya Sahabat Roselle Marketing?
Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim.  Beberapa pendedahan media sebelum ini menambahkan lagi tahap kesedaran Masyarakat Islam akan kepentingan memastikan status halal sesuatu produk yang dibeli.
Misalnya mengenai kandungan bahan berbahaya iaitu bahan peluntur dalam tepung gandum, kandungan asid boric dalam sesetengah jenama mee,  tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.
Cuba periksa barangan keperluan harian kita. Barang untuk masakan, jenama apakah yang kita pakai??? Siapakah yang membuat dan mengilangkannya?? Produk tersebut, ada tanda HALAL atau tidak?? Apakah kandungan yang terdapat didalamnya??
Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran. Pengeluaran juga bergantung kepada permintaan.

Sedangkan majoriti pengguna di negara kita adalah Orang Islam. Sebagai Muslim, sudah tentunya memerlukan semua produk yang berstatus halal seperti makanan, minuman, alat kosmetik, alat penjagaan diri, barangan kesihatan dan alatan rumah tangga, dan lain-lain lagi.

Maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Begitulah juga kewujudan Kedai Halal Muslim. Ia juga merupakan tuntutan syarak.

Sahabat Roselle Marketing, Peneraju Halal Muslim Mart Anda,
Sebenarnya banyak produk Muslim   ada di luar sana . Cuma tiada kaedah pemasaran yang teratur, membuatkan produk Muslim, yang biasanya di usahakan secara Perindustrian Kecil dan Sederhana, kurang mendapat tempat di hati pengguna kerana sukar pengguna muslim untuk mendapatkan bekalannya.

Kadang-kala, produk IKS Muslim ini lebih baik dan bermutu tinggi. Selain suci dan bersih.
Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL MUSLIM dalam kehidupan seharian, pengurus SRM  bertekad untuk mengubah cara kehidupan masyarakat agar lebih  peka terhadap produk muslim yang merupakan aset penting dalam kehidupan seharian .

Tambahan pula, Pengurus SRM sendiri, adalah seorang yang sangat  menjaga makanan dan minuman sehariannya.
Kami di SRM , sentiasa memastikan produk yang kami jual tidak mengandungi unsur yang haram dan syubhat. Ini termasuklah produk makanan, minuman, produk kecantikan, produk penjagaan diri, bahan pencuci, rempah-ratus, barang runcit dan lain-lain. 
Oleh kerana , menjual barang-barang halal merupakan fardhu kifayah, maka SRM telah terjun dalam bidang pemasaran produk Muslim ini.

Untuk itu, SRM telah berusaha untuk menjadi pemborong produk halal muslim yang terdiri daripada barang runcit dan produk kesihatan. Lalu tertubuhlah Sahabat Roselle Marketing dan KEDAI SRM yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim sahaja.

Bersambung pada bahagian berikutnya, InshaAllah
Share:

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts