SEJARAH PENGASAS SAHABAT ROSELLE MARKETING(JM0454405-K)
Barang runcit yang ada di Kedai SRM
Gambar Booth SRM Di Karnival Mahabbah IKIM 2011
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah, di hening awal pagi ini, saya cuba mencatatkan sedikit titipan daripada Pengasas SRM, merangkap Pengurus SRM, ENcik Ali. Ia berkaitan sejarah awal penubuhan Sahabat Roselle marketing.
Sejarah, adalah suatu perkara yang wajar kita toleh untuk kita ambil pengajaran. Dengan mempelajari sejarah, kita dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kita. Sejarah, bukan untuk kita tangisi, atau kita ratapi. Tetapi untuk kita ambil iktibar demi masa depan yang lebih gemilang. InshaAllah.
Tujuan artikel ini disiarkan di blog ini adalah sebagai Motivasi bersama para pembaca blog ini, khususnya kepada para pelanggan dan usahawan bumiputera.
Sejarah Pengasas Sahabat Roselle Marketing
Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006. Menyedari keperluan semasa Umat Islam, yang memerlukan barang halal dibuat oleh tangan-tangan yang menjunjung Kalimah Syahadah, Pengurus SRM mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Dengan iltizam dan semangat kejayaan akan memihak kepada orang yang sabar, pengurus SRM menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengumpulkan dan menjual semua produk Halal Muslim di seluruh Malaysia .
Beliau seorang yang bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, tidak malu di hina ,yakin produk halal muslim,suatu hari akan di terima masyarakat muslim. SRM terus memasarkan produk Halal Muslim yang selalunya berstatus PKS walaupun pada awalnya di perlekeh orang muslim sendiri.
Pada peringkat awal berniaga, SRM, memasarkan produk berasaskan buah roselle sseperti halwa ,jem, dan kordial roselle keluaran Bumiputera Muslim. Tanpa mengenal erti putus asa, dan gigih berusaha sendiri, SRM menjual produk tersebut di Pasar-pasar Tani, pasar peladang dan ekspo jualan seperti di Plaza Angsana.
Kemudian sedikit demi sedikit Sahabat Roselle Marketing mencari dan menambahkan produk halal keluaran Orang Islam atau juga dipanggil muslim untuk dijual dan dipasarkan di Kedai Sahabat Roselle.
Kata-kata Hinaan Bukan Penamat Perjuangan dalam Berniaga
Kata-kata hinaan dan nista, adalah lumrah kehidupan. Begitu juga yang dilalui oleh Pengurus SRM.
Kata-kata hinaan seperti,”
“Alah, kalau setakat jual produk Islam je, boleh maju ke.”
“Eh, boleh dapat untung ke jual Produk orang Islam ni? “
“ Ada orang nak beli ke produk macam ni?”
“ Ada orang datang kedai ke?”
Yakin Janji Allah
Yakin atas janji Allah bahawa Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar dan benar, Pengurus SRM, meneruskan langkah maju setapak demi setapak lagi dalam bidang perniagaan pemasaran produk Halal Muslim.
Istiqamah,teruskan perjuangan,jangan peduli orang cakap,sabar dan doa, adalah kata-kata motivasi yang di berikan kepada pekerja. Ingatlah rezeki kita, Allah yang beri bukannya manusia.
Inspirasi beliau ialah beliau ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW yang menjadi peniaga dan usahawan Berjaya.
Bukankah, Berniaga juga adalah Sunnah Rasulluah SAW?
Maka, usahlah kita malu untuk berniaga. Kita bukan mencuri. Kita bukan meminta daripda orang lain. Tapi kita berusaha di atas kaki kita sendiri.
InshaAllah artikel berkaitan Sejarah SRM ini akan bersambung sedikit masa lagi. Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen membina di blog ini.
No comments:
Post a Comment