Objektif Sahabat Roselle diwujudkan

Sahabat Roselle Marketing, Kedai Muslim, Untuk Penguna Muslim

SAHABAT ROSELLE MARKETING, PRODUK MUSLIM PILIHAN ANDA
Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."
 Mari kita hayati kehidupan Islam yang indah dan lengkap. Islam sebagai suatu cara hidup kita. Salah satu aspek kehidupan seorang Muslim ialah aspek halal sesuatu makanan, minuman dan barang yang kita gunakan seharian. InshaAllah.
DALIL NAQLI 
 
Firman Allah SWT
 
 bermaksud:
 
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
 
DALIL AQLI
 
Riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
yang mafhumnya: Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, 
 
“Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’”
 
 (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
SEJARAH  AWAL ,  SAHABAT  ROSELLE  MARKETING
Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006.
OBJEKTIF
Sahabat Roselle Marketing sentiasa menambah produk- produk halal untuk di pasarkan disamping dapat membantu usahawan bumiputera muslim bersaing maju dalam perniagaan. Ia juga mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.
MISI
Warga SRM beriltizam tinggi untuk menjadikan SRM pemborong dan Peruncit terunggul produk halal muslim di Johor khasnya, Malaysia amnya.
Misi SRM juga adalah jelas. Kami berazam Untuk menyelesaikan permasalahan kepengunaan barangan HALALLAN  THOYYIBAH serta mempertahankan maruah dan hak pengguna ISLAM.
Share:

No comments:

Post a Comment

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts