Karnival sedekad IKIMfm
Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bharian.com.my
2011/04/21
NIK MUSTAPHA bersama sebahagian kakitangan dan penyampai radio IKIMfm, artis dan wakil penaja penganjuran Karnival Mahabbah.
Info:
Karnival Mahabbah dan Konsert Sedekad IKIMfm
Pada: 22 hingga 24 April 2011
Tempat: Kompleks Mutiara, Dato’ Onn, Johor Bahru.
Masa: 8.30 pagi hingga 11 malam.
SETELAH sedekad ke udara, radio IKIMfm akan menyambut ulang tahun penubuhannya bersama pendengar di selatan semenanjung dalam Karnival Mahabbah dan Konsert Sedekad IKIMfm di Johor Bahru, Jumaat ini. Karnival Mahabbah dan Konsert Sedekad IKIMfm
Pada: 22 hingga 24 April 2011
Tempat: Kompleks Mutiara, Dato’ Onn, Johor Bahru.
Masa: 8.30 pagi hingga 11 malam.
Bertemakan Sedekad Menghibur Mendidik Jiwa, karnival yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan diadakan di Kompleks Mutiara, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru bagi mendekatkan stesen radio terbabit dengan pendengar.
Lebih menarik perhatian pengunjung, konsert yang akan diadakan di sebelah malam pada 23 April yang menampilkan kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti Hijjaz, Saujana dan Syifa’, serta penyampai radio terbabit.
Pelbagai aktiviti disajikan bagi menarik perhatian pengunjung di sekitar Johor Bahru dan Singapura termasuk Forum Mahabbah IKIMfm, pertandingan nasyid serta pertandingan futsal.Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, karnival terbabit adalah rentetan daripada penganjuran karnival sebelum ini di Sungai Petani, Kedah pada Februari lalu dan program Remaja@IKIMfm di Putrajaya bulan lalu.
“Penganjurannya dengan matlamat untuk mendekatkan para warga kerja IKIMfm dengan orang ramai bagi mengukuhkan jenama IKIMfm sebagai stesen radio Islam terunggul di negara ini.
“Ia akan membabitkan beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada remaja dan belia disamping menyebarkan maklumat tentang penyiaran radio,” katanya pada sidang media di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), baru-baru ini.
Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Pengurus Besar Johor Land, Mohd Hizam Abd Rauf; Pengarah Radio IKIMfm, Nik Roskiman Abdul Samad, barisan penyampai radio IKIMfm dan sebahagian artis yang akan menyertai karnival Mahabbah.
Karnival itu juga diharapkan dapat mempromosikan stesen radio terbabit selain sebagai alat pemangkin kepada petugas dan penyiar stesen itu untuk menjadikan IKIMfm sebagai saluran pilihan utama pendengar.
Meskipun sukar untuk merealisasikan impian itu dengan persaingan yang sengit dengan stesen radio yang sedia ada kini, namun IKIMfm mempunyai pendengarnya sendiri, bahkan ada yang menjadikan stesen radio terbabit sebagai sumber rujukan.
Mengenengahkan pelbagai segmen keislaman seperti Keluarga Sakinah, Pondok Warisan, Islam Itu Indah dan pelbagai lagi, diharap mampu menarik perhatian pendengar muda.
“Pada 6 Julai ini genaplah 10 tahun penubuhan IKIMfm, The First Fully Digital Islamic Based Radio Station seperti yang diiktiraf di dalam The Malaysia Book Of Records.
“Karnival ini juga sebagai tanda terima kasih kami kepada semua pendengar setia IKIMfm yang telah menyokong stesen radio ini sejak penubuhannya pada tahun 2001,” katanya.
Karnival itu juga diharap mampu menjadi platform orang ramai dalam menimba ilmu disamping beriadah dan berhibur.
No comments:
Post a Comment