Perkara Haram Dalam Perniagaan
  Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis  yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga  dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak.
 Rasulullah SAW pernah  bersabda dalam satu hadis bermaksud:
 “9/10 rezeki itu adalah datang  daripada perniagaan.”
 (Hadis riwayat Tirmizi).
   Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan  barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling  memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi  fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh  memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
   Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat  mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang  melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan  balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’.
 Namun  demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka  ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh  mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:
1. Riba.
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.4. Rasuah.
5. Memonopoli barangan (ihtikar)
6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
8. Haram menjual najis
1. Riba.
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.4. Rasuah.
5. Memonopoli barangan (ihtikar)
6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
8. Haram menjual najis









No comments:
Post a Comment