Booth Sahabat Roselle Marketing, Karnival Mahabbah IKIMfm Bandar dato' Onn, Johor, siang 1 April 2012.
Alhamdulillah, para pelanggan, termasuk Abang Bikerz sudi membeli produk Muslim
di Booth Sahabat Roselle Marketing
Staf dan kakitangan SRM bersama Pyan
Saudara Suffian Amrin, DJ IKIM merangkap Munsyeed Saujana di Booth SRM, sudi meluangkan masa menjengah ke Kedai Sahabat Roselle Marketing. Beliau sendiri turut membeli beberapa produk makanan dan minuman di Booth SRM. Terima kasih atas sokongan moral beliau.
Sebagai salah seorang yang mengikuti perkembangan Suffian Amrin dari bangku sekolah, sudah tentulah kunjungan Saudara Pyan sangat dihargai.
Pada akhir 90-an itu, lagu nasyed Keluarga Bahagia pada masa itu menjadi kegemaran kebanyakan kawan-kawan sekolah Intan SRM.
Kepada yang berminat membeli produk dengan
Sahabat Roselle Marketing,
sila hubungi Encik Yusof di talian 019 770 3029.
Di bawah ialah petikan daripada Berita Harian berkaitan kerjaya Suffian Amrin di IKIMfm
Warna Pagi meriahkan IKIMfm
PENGARAH radio IKIMfm, Nik Roskiman (duduk kanan) bersama Suffian dan Siti Rohani serta penerbit di stesen radio berkenaan.
Gandingan Suffian, Rohani ceriakan siaran dari jam 6 hingga 10 pagi
INFO: Warna Pagi/b>MENDENGAR suaranya yang mewarnai slot Warna Pagi di stesen radio IKIMfm, mungkin membuatkan peminat atau pendengar Saujana tertanya-tanya adakah seorang daripada anggotanya, Suffian Amrin, 29, sudah tidak lagi bersama kumpulan itu? Laporan sebuah akhbar tabloid mengenai pengunduran Suffian dari kumpulan itu juga bagai mengesahkan khabar angin berkenaan. Namun pada hakikatnya, pemuda berasal dari Parit Sulong, Muar itu masih lagi bersama Saujana.
Kemunculan Suffian di radio IKIM sejak November lalu, hanyalah sebagai penyampai sambilan menemani Siti Rohani Surani, 26, untuk mengendalikan slot pagi yang berwajah baru sejak April lalu.Suffian juga menafikan menerima tawaran daripada IKIMfm kerana kerjaya seni yang semakin perlahan. Sebaliknya, dia menerima pelawaan stesen radio berkonsepkan keislaman itu untuk melebarkan lagi dakwah yang sebelum ini disampaikan menerusi lagu.
Jika tidak, masakan dia sanggup mengorbankan waktu tidur semata-mata untuk memenuhi komitmen dengan radio IKIM yang menuntutnya bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari semata-mata untuk bersiap sedia ke konti yang terletak di Jalan Langgak Tunku, Kuala Lumpur.
“Saya nafikan laporan yang mengatakan tidak lagi bersama Saujana. Saya masih aktif bersama mereka. Laporan itu dikeluarkan tanpa merujuk kepada saya terlebih dulu. Tetapi saya enggan mengambil sebarang tindakan kerana cerita ini tidaklah sebesar mana.
“Saya menerima tawaran IKIMfm sebagai satu kerjaya sambilan, saya mengambil peluang ini bukan kerana menyanyi tidak mampu menanggung kehidupan saya tetapi kerana niat untuk meluaskan lagi dakwah. Kalau sebelum ini saya berdakwah menerusi lagu, tetapi kini saya menyampaikan dakwah menerusi radio sebagai penyampai.
“Sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat menjadi penyampai radio. Sebelum ini saya pernah mencuba nasib tetapi gagal kerana pertembungan jadual, tetapi alhamdulillah akhirnya cita-cita tercapai. Bukan senang nak mendapatkan pekerjaan yang memerlukan kita bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari. Mungkin Allah bukakan jalan supaya saya dapat mendekatkan lagi diri kepada Nya. Saya rasa rugi jika saya menolak peluang ini,” kata Suffian.
Bagaimanapun, menggalas tanggungjawab sebagai penyampai di sebuah stesen radio yang berteraskan keislaman untuk anak muda seperti Suffian dan Siti Rohani bukanlah mudah sebagaimana tugas penyampai radio di stesen lain yang boleh berceloteh apa saja tanpa menjadi bahan pertikaian.
Selain ketertiban yang perlu dijaga, sebagai penyampai radio IKIM, mereka juga perlu memastikan kesahihan hadis dan surah yang digunakan kerana perkara itu agak sensitif kerana boleh menimbulkan pertikaian pendengar.
Bekas graduan Akademi TV3, Siti Rohani berkata, kewujudan internet memudahkan tugasnya sebagai penyampai radio. Dia mengakui, ilmu di dada tidak seberapa, justeru selain internet, buku, kitab dan ustaz atau ustazah juga menjadi bahan rujukannya.
Gadis berasal dari Temerloh, Pahang ini mengakui usianya masih muda untuk memikul tanggungjawab itu tetapi, dia tidak berasakan kenapa perlu takut untuk mencuba.
Namun Siti Rohani yang sudah berkhidmat selama lima tahun di stesen radio itu tidak menafikan bergelar penyampai radio di IKIM sedikit mencabar kerana adab dan bahasa perlu dijaga.
Ada ketika, dia cuba menampilkan sisi ceria supaya pendengar tidak menganggap radio IKIM sebagai sebuah stesen yang membosankan, tetapi pada waktu sama sebagai usahanya untuk menarik golongan muda mengikuti stesen radio itu tetapi niatnya mengundang teguran.
“Sebagai penyampai stesen radio Islam, saya harus peka dengan percakapan kerana pendengar sangat peka. Bagaimanapun sampai bila saya perlu takut. Alhamdulillah saya semakin selesa berada di sini.
“Setakat ini tidak terfikir lagi untuk beralih angin. Sebenarnya saya tidak terfikir untuk bekerja di sini. Ia berlaku secara kebetulan ketika saya sedang menyiapkan resume. Tiba-tiba ternampak laman web IKIMfm. Melihat tawaran bekerja di situ, hati saya terus tertarik untuk mencuba. Tak sangka pula niat mencuba memberi rezeki kepada saya,” kata Siti Rohani.
Dalam pada itu, Pengarah Radio IKIMfm, Nik Roskiman Abdul Samad pula berkata, stesen radio itu sentiasa melakukan penambahbaikan bagi memantapkan lagi stesennya.
IKIMfm juga cuba menerapkan konsep lebih santai dan memperbanyakkan program berunsur interaktif agar pendengar dapat menjadikan saluran radio ini sebagai rujukan bagi mengajukan soalan mengenai kemusykilan agama.
No comments:
Post a Comment