Halal vs Haram
Makanan syubhah ialah makanan yang tidak jelas status halal ataupun haram. Namun begitu Rasullullah S.A.W tetap menyeru umatnya supaya meninggalkan makanan tersebut kerana ditakuti akan terambil makanan yang haram.
Berlakunya syubhah terhadap makanan atau minuman adalah disebabkab oleh terdapat keraguan yang membawa kepada halal atau pun haram. Syubhah timbul kerana berlakunya percampuran antara makanan yang halal dengan yang haram dan makanan tersebut tidak dapat dibezakan ataupun dipisahkan antara satu sama dengan lain.
Syubhah juga berlaku apabila perkara yang halal itu mempunyai kaitan dengan maksiat seperti membeli makanan semasa azan sembahyang jumaat. Hatta daging binatang yang disembelih menggunakan pisau curi juga tergolong sebagai daging/makanan syubhah.
Kami di Sahabat Roselle Marketing, memastikan produk yang kami jual tidak mengandungin unsur yang haram dan syubhat. Ini termasuklah produk makanan, minuman, kecantikan, penjagaan diri, pencuci dan lain-lain.
Sebenarnya tiada garis pemisah yang jelas mengenai kategori makanan syubhah sepertimana makanan halal atau haram.
Sabda Rasulullah SAW:
yang mafhumnya:
Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata,
“Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.
Perkembangan bioteknologi dalam penghasilan makanan dengan memasukkan unsur-unsur haram atau yang tidak diketahui puncanya bagi menghasilkan produk makanan yang lebih berkualiti atau tahan lama seperti yang diamalkan dalam sesetengah geneticaly modified food (GMF) boleh menambah makanan syubhah di pasaran.
Memakan makanan syubhah boleh menjejaskan pembentukan insan kerana amal ibadat dan doa seseoarang itu mungkin tidak akan diterima Allah. Antara ciri utama dalam pembentukan modal insan yang cemerlang ialah mempunyai hubungan rapat dengan Allah melalui hubungan iman dam akidah.
Justeru makanan dan minuman yang diambil oleh seseoarang itu mempengaruhi keperibadian dan keimananya.
No comments:
Post a Comment