Gambar Kedai SRM, Puchong, Produk Muslim Pilihan Anda,


Kedai SRM, Puchong, Produk Halal Muslim Pilihan Anda,

"Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 
  


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Kepada semua pelanggan setia
 Sahabat Roselle Marketing, Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Allah SWT, kini  
Sahabat Roselle Marketing telah membuka cawangan terbaru di Puchong,
 Selangor Darul Ehsan.

Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Sahabat Roselle Marketing (SRM) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.

Konsep kedai runcit dengan nama Sahabat Roselle Marketing  mula diperkenalkan pada tahun 2006 bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.

Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Sahabat Roselle Marketing
yang berada di sekitar Selangor, seperti di Puchong, Serdang, 
  sila datang beramai-ramai di cawangan terbaru kami:

Kedai SRM,
No. 19-1, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.

No. Telefon: 
03-8062 7032, 019-777 3194, 019-777 3094

p/s: Entry ini akan terpasang sebagai entry pertama sehingga beberapa waktu.Untuk artikel terbaru blog ini, sila skroll ke bawah.


Pandangan Hadapan Kedai SRM, Puchong Selangor.

Kedai SRM, Produk Muslim, Pilihan Anda.
 Produk Halal lagi baik...


Pandangan dalam
Kedai SRM, Sahabat Roselle Marketing, Puchong, Selangor

Produk Kesihatan 


Produk Minuman, Kordial dan pelbagai jenis kopi dan teh.


Produk Runcit Muslim seperti Bihun Sufi, Susu Untuk Kanak-kanak,
 tepung gandum tanpa bahan kimia dan lain-lain


"Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 
 

Visi perniagaan kami ialah:
  • Untuk mendorong pasaran HALALLAN  THOYYIBAH dan menjana peluang perniagaan bagi membangunkan ekonomi ISLAM.
  • Untuk membina sebuah Komuniti Pengguna dan Usahawan MUSLIM yang bersifat Jemaah.
  • Menjanakan kekuatan ummah melalui komitmen ekonomi dalam mempromosikan barangan HALALLAN  THOYYIBAH   yang berkonsepkan MUSLIM dengan membawa slogan 'PRODUK  MUSLIM  PILIHAN  ANDA’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.

Dengan adanya kedai SRM, kami berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada pengguna.

Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi.

Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.

Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk  Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor. 


Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera. Manakala 20 peratus lagi merupakan produk Muslim dikeluarkan oleh negara-negara Islam seperti Yaman, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.
Info Lanjut sila klik Jom Jana Pendapatan Bersama Sahabat Roselle Marketing, di sini.
Share:

5 comments:

  1. Assalamualaikum

    moga Allah mempermudahkan urusan SRM serta maju jaya

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Atuk
    terima kasih Atuk
    atas sokongn dan doa Atuk
    jomlah datang kedai kami ya

    ReplyDelete
  3. Salam.. kedai SRM ni ada jual barang untuk buat kek tak?..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya nak tanya SRM ada jual telur sotong Frozen tak ? 0192077165 (AYU) terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau macam kita nak masuk kan kita punya product dekat kedai SRM nak buat macam mana ya.

    ReplyDelete

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts