Gambar Malam Pertama Karnival Mahabbah IKIM

Gambar Malam Pertama Karnival Mahabbah IKIM 


Gambar Antara Barisan Penyampai IKIMfm ke Karnival Mahabbah Johor 2012 di Bandar Dato Onn dari 30 Mac - 1 April 2012(sumber; IKIM FM)

Pada malam tadi, 9.00 mlm - 10.30 mlm Forum Bicara Ad-Deen di Tapak Karnival Mahabbah IKIM. Forum disampaikan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan 


Forum Bicara Ad-Deen

YBhg. Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan dan Pemangku Timbalan Mufti Johor, Tuan Hj Yahya ahli panel yang terlibat.Forum di moderator oleh DJ IKIM FM, Al Fadhil
Ustaz Mahathir Shaharuddin.
Di bawah ini sebahagian gambar Booth SRM diserbu pelanggan pada Malam Pertama Karnival Mahabbah IKIM FM Bandar Dato' Onn Johor:





Karnival Mahabbah IKIMfm ini, ujar Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan Karnival ini dianjurkan dengan objektif untuk mendekatkan para pendengar dengan IKIMfm melalui program-program berbentuk dakwah dan kerohanian dan Memberi peluang kepada masyarakat umum memperolehi maklumat terkini peranan agensi-agensi kerajaan berkaitan kesedaran sosial, pencegahan jenayah.

Selain itu, karnival ini juga dapat memperkenalkan produk-produk dan peluang bisnes melalui kaunter-kaunter pameran, Memberi peluang kepada industri dan usahawan-usahawan mempromosi dan memasarkan produk secara terus kepada pelanggan dan Menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada usahawan dan seterusnya melebarkan jaringan bisnes masing-masing. 

Selain mengetengahkan penyampai-penyampai IKIMfm kepada masyarakat. Karnival Mahabbah kali ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti seperti Dari Konti Ke Pentas – IKIM.fm, Ekspo Pameran Dan Jualan Produk, Pertandingan Seni Kaligrafi Islam dan Demo/Bengkel Seni Kaligrafi.
 
Pelbagai acara diatur sepanjang 3 hari 3 malam Karnival ini berlangsung yang bermula hari ini hingga 1 April.  Antara acara penting Karnival ini ialah malam Mawlid@Johor Bahru dan Konsert Mahabbah IKIMfm yang akan diadakan pada 31 Mac dan 1 April bermula jam 9 malam.
Share:

No comments:

Post a Comment

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts