Pencemaran Air, 500,000 terdedah penyakit

Pencemaran Air, 500,000 terdedah penyakit

 Air, Anugerah Allah yang tak ternilai harganya.

Empangan Bekok, Gambar kredit kepada website kakipancing.net, di sini

Dapatkan Penapis Air Halal, Berkualiti tinggi, pada harga mampu milik. RM598 sahaja, klik di sini untuk info lanjut.

Disalin daripada Akhbar Berita Harian, seperti yang dilaporkan Oleh Mohamed Farid Noh, bertarikh 2012/03/13

BATU PAHAT: Kira-kira 500,000 pengguna air daerah ini yang mendapat bekalan daripada Empangan Bekok terdedah kepada ancaman pelbagai penyakit kronik termasuk barah dalam jangka panjang berikutan pencemaran air akibat pencerobohan berterusan yang berlaku di kawasan tadahan air itu.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong, yang mendedahkan larutan racun serta baja kimia tanaman kelapa sawit yang ditanam penceroboh dan diesel jentera yang digunakan di sekitar kawasan empangan mampu menyerap ke dalam tanah sebelum mengalir ke kawasan tadahan air di empangan berkena
an.

Katanya, larutan kimia berbahaya berkenaan mampu bertahan antara 10 sehingga 15 tahun di dalam kawasan tadahan air utama daerah itu, sehingga mencetuskan ancaman kesihatan jangka panjang kepada pengguna,
“Jika tiada langkah konkrit mencegah pencerobohan dilakukan segera, saya bimbang dengan tahap bekalan air yang disalurkan daripada empangan itu. Ancaman penyakit kronik termasuk kanser tidak boleh diambil mudah kerana penduduk daerah ini menggunakan sepenuhnya sumber air yang dibekalkan dan disalurkan dari Empangan Bekok.

“Bayangkanlah betapa sukarnya Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd mahu meneutralkan kembali air yang dicemari pelbagai larutan kimia berbahaya yang terkandung dalam tadahan air di Empangan Bekok ini sebelum ia disalurkan kepada penduduk, apatah lagi larutan berbahaya itu mampu bertahan di dalam air sehingga 10 hingga 15 tahun,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar mengenai Empangan Bekok, dekat sini.

Turut hadir Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Mohd Faiz Mohd Salleh; Penolong Jurutera Daerah, Saleha Bachok dan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SAJ, Jamaluddin Jamil.

Bulan lalu, Berita Harian mendedahkan pencerobohan di kawasan hutan Empangan Bekok yang berkeluasan 2,062 hektar itu boleh mengancam kawasan tadahan air utama negeri ini yang membekalkan air untuk setengah juta penduduk di sini.
Malah pendedahan itu membawa kepada penahanan tiga lelaki akhir bulan lalu yang sedang membersihkan sebahagian kawasan di situ dengan menggunakan jentolak untuk menanam kelapa sawit.

Sehubungan itu, Ka Siong berharap supaya kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa berkaitan menyegerakan langkah pewartaan kawasan empangan ini yang membolehkan langkah kawalan keselamatan ketat serta undang-undang mampan dikuatkuasakan.

Katanya, pihak berkenaan juga perlu mengambil langkah drastik dengan menempatkan pasukan tentera bersenjata bagi mengawal kawasan strategik dan berisiko ini bagi mengelak pencerobohan, sekali gus menjamin tahap keselamatan sumber air itu.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, pihaknya tidak menafikan ancaman penyakit kronik termasuk barah boleh berlaku jika tadahan air utama di empangan berkenaan terus dicemari larutan kimia berbahaya secara berterusan.

Katanya, pada masa ini, SAJ mempunyai prosedur tahap tinggi bagi meneutralkan bekalan air yang selamat dan terjamin sebelum ia disalurkan dan dibekalkan kepada pengguna di daerah ini termasuk menerusi pemeriksaan berkala tahap air yang mematuhi piawaian tinggi ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Share:

No comments:

Post a Comment

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts