Keluarga Bahagia, Air tangan Ibu...
Kasih Ibu, walaupun keletihan, atau kepenatan, atau kesakitan, ibu tetap bangkit.
SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN            SEIMBANG SETIAP HARI
           Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Keluarga bahagia, impian semua. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, salah satunya mestilah dengan masakan si ibu atau si isteri. Makanan yang dimasak sendiri di rumah kita, inshaAllah, Lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya.
           
Sebagai ibu rumah tangga, tentu akan memikirkan masakan apa yang hendak dimasak pada hari ini. Bagaimanapun sebaiknya pastikan masakan yang akan kita masak itu, dari sumber yang halal. Makanan yang halal, banyak keberkatannya. InshaAllah.
           
Antara aspek yang perlu diambil berat ialah zat dan vitamin yang perlu diperolehi oleh ahli keluarga kita. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil adalah makanan seimbang.           Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk  kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah  terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat  zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan  kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.
Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan? Sahabat Roselle Marketing ada menjual SUSU ILHAM, susu tepung buatan Muslim. Ada tepung beras Muslim, tepung gandum yang dibuat oleh Muslim, sardin yang dibuat oleh Muslim, dan lain-ain lagi produk runcit keluaran Muslim. Untuk beli online, sila klik di sini untuk caranya. Manakala bagi warga Johor dan Singapura, jemputlah datang ke kedai Sahabat Roselle Marketing ya.            
Di bawah disertakan sedikit panduan perancangan hidangan harian untuk keluarga kita. Bagaimanapun, ia tidak bertjuan menggantikan khidmat nasihat Pakar Pemakanan anda.
Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan            harian untuk keluarga :
                             SARAPAN PAGI                                  
 - Hidangkan sarapan yang berkhasiat.                    
 - Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan                    segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan                    pembekal serat. 
 - Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti                    nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti,                    sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini                    dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh                    dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.                   
 - Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.                   
 
  |                
                 MAKAN TENGAHARI                                  
 - Sediakan hidangan yang ringkas.                    
 - Dapatkan pilihan yang lebih sihat dan                    berkhasiat. 
 - Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan                    dari kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan                 
 
  |                
                 MAKAN MALAM                                  
 - Makan malam merupakan masa yang terbaik                    untuk melengkapkan pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya,                    sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil                    pada siang hari, makanan tersebut boleh diambil pada waktu ini.                   
 - Sebaik-baik sediakan dua hidangan                    sayur-sayuran dan salah satu daripadanya ialah sayur-sayuran                    berdaun hijau. 
 - Elakkan daripada makan terlalu hampir                    dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam                    sebelum tidur. 
 
  |                
                 SNEK                                  
 - Jika perlu makanlah dengan sedikit.                    Pilihlah snek yang berkhasiat dan yang kurang kandungan lemak                    dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang rebus, jagung                    rebus dan biskut. 
 
  |                
 Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah            dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan            berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.                            - Sediakan pelbagai jenis makanan dalam                    setiap hidangan. 
 - Utamakan makanan yang kaya dengan                    karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan                    ubi. 
 - Juga pentingkan makanan yang membekalkan                    vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan                    sayur-sayuran. 
 - Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan                    berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi                    banyak vitamin dan mineral. 
 - Pilih makanan yang membekalkan protin                    seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. 
 - Pilih makanan yang kaya dengan kalsium                    contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain seperti ikan                    bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan kalsium.                   
 - Kurangkan menggoreng makanan terutamanya                    makanan yang disaluti tepung dan kurangkan masakan yang                    bersantan. 
 - Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi                    menggantikan santan kelapa dalam masakan anda. Masukkan                    kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.                   
 - Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi                    kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan                    makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih                    daripada dua kali sebulan. 
 - Gunakan kaedah memasak yang dapat                    mengekalkan warna dan rasa asal makanan. 
 - Selalulah menghidangkan makanan yang baru                    dimasak. 
 - Apabila membeli makanan bertin atau                    berbungkus, bacalah label bagi membantu anda memilih makanan                    yang berkhasiat dan menjimatkan. 
 
  | 
 
 
Assalamualaikum Intan
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian maklumat
Waalaikumussalam Atuk
ReplyDelete