Pengguna bijak, Pilih Produk bermutu, halal, bukan harga, pesanan PPIM
 Jadilah Pengguna Muslim, Yang Bijak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Kepada saudara seIslam di luar sana, marilah kita bersama menjadi pengguna Muslim yang bijak. Sebagai Umat Islam, kita mestilah  berhati-hati dan berwaspada selalu. 
Kita, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah semata-mata dalam  memilih barang makanan, tanpa mengambil kira mutu dan status halal  barangan makanan itu.
Sahabat Roselle Marketing, merupakan halal hub kepada pengguna Muslim.Sahabat Roselle Marketing berusaha produk- produk halal untuk di pasarkan seterusnya sampai kepada pengguna Muslim/ Islam di luar sana.
Ini secara tidak langsung  dapat membantu usahawan Muslim bersaing maju dalam perniagaan.
 PRODUK RUNCIT SAHABAT ROSELLE MARKETING: 
BIHUN MUSLIM
 KEDAI SAHABAT ROSELLE MARKETING, KEDAI HALAL MUSLIM ANDA
.Apa yang pasti,  Produk runcit yang SRM pasarkan,  seperti minyak sapi Muslim, produk kesihatan, bahan pencuci rumah tangga, makanan dan minuman, adalah  mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.
BERSAMA KAMI, DI
SAHABAT ROSELLE MARKETING
MEMARTABATKAN PRODUK MUSLIM.  
Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."  
 PETIKAN AKHBAR;
PILIH MUTU, BUKAN HARGA; PPIM
MUAR — Pengguna, khususnya dari kalangan umat Islam, digesa supaya  jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah semata-mata dalam  memilih barang makanan, tanpa mengambil kira mutu dan status halal  barangan makanan itu.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor  Osman yang membuat gesaan itu berkata pengguna perlu bijak dalam  membeli barang makanan yang benar-benar sesuai, dan yang lebih penting  ialah memastikan ia halal.
Beliau berkata, penghasilan produk halal sepatutnya boleh dijadikan  sebagai strategi memantapkan ekonomi umat Islam, dan menurutnya perkara  itu sememangnya dituntut oleh agama, supaya usaha melahirkan usahawan  berjaya di kalangan umat Islam dapat ditingkatkan lagi.
Beliau berkata, demikian ketika menyampaikan ceramah dalam forum  karnival tranformasi halal sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri  Johor di Dataran Tanjung Emas, Muar di sini.
Turut sama menyampaikan ceramah di forum itu ialah Penasihat Agama Kerajaan Negeri Johor, Datuk Noh Gadut. — Bernama(KOSMO, 03/12/2011 1:41pm)










Assalamualaikum Intan
ReplyDeleteInsyaallah
kita antara muslimin yg bijak