Tip Kesihatan, Jom Tiru Rasulluah 
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. 
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. 
Semoga hati kita  semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya".
 1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun  sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat  Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam  antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik  terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.  Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi,  memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat  dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan  pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3) TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Kami  adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan  tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk  tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga  lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi  umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan  kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid,  pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki,  peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit  jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan.  Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan  tempat yang hendak kita pergi.
5) TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’  diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan  kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada  kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan  perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri  maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu  berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah  itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi  mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional  yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar,  istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah S.W.T.
7) TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan  kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.
  “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah  diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8) PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut  bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain  membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.








Assalamualaikum
ReplyDeleteterima kasih
salam
ReplyDeletebangun/mandi sebelum subuh juga dikatakan boleh menurunkan berat badan...
waalaikumussalam Kak kamsiah
Deletebangun awal sangat baik utk kesihatan kita kan kak
tqvm atas kunjungan akak
waalaikumussalam Atuk terima kasih sudi beri komen di sini sebagai tanda sokongan kpd blog ni
ReplyDeleteTurut sama bersalawat kat sini..
ReplyDeleteRasulullah SAW tinggalkan yang baik2 untuk kita contohi,sama2 kita cuba sedaya mungkin mencontohinya ye Intan..