• PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

    PELUANG TAMBAH PENDAPATAN. KAMI PERLUKAN PENGEDAR SABUN NUR BALQIS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI DAN SINGAPORE.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sahabat Roselle Di Hari Kedua Karnival Mahabbah IKIM

Gambar Hari Kedua Karnival Mahabbah IKIM FM Bandar Dato' Onn, Booth Sahabat Roselle Marketing

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT di atas kelangsungan Karnival Mahabbah IKIM FM di Bandar Dato' Onn Johor Baharu, Johor pada siang tadi, 31 Mac 2012, telah berlangsung dengan meriahnya.

Terima kasih Sahabat Roselle Marketing ucapkan kepada para pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada SRM, sekaligus kepada produk kesihatan dan barang runcit keluaran Orang Islam sendiri.

Semoga kita sama-sama mendapat pahala dan redha Allah di atas usaha kita untuk sama-sama menggunakan produk halal Muslim, barang-barang kegunaan seharian hasil tangan-tangan yang menjunjung tinggi kalimah syahadah.

Kepada para pelanggan SRM, segera ke Booth SRM esok bagi mendapat tawaran harga promosi bagi beberpa produk tertentu khususnya produk Smart Coco,  dan banyak lagi.


Tawaran istimewa ini hanya ada pada Karnival Mahabbah IKIM FM 2012 ini sahaja.

Sila hubungi Encik Yusof di 019 770 3029 
bagi mendapat keterangan lanjut.

Berikut sebahagian gambar-gambar siang tadi. Semasa entry ini ditulis, baru sahaja selesai Mawlid @ Johor Baharu. Memang syahdu dirasakan apabila gema selawat dan nasyid memuji Rasululluah SAW memenuhi ruang di Tapak Karnival Mahabbah IKIM FM.

 Booth Sahabat Roselle di belakang Booth IKIM FM.


 Siang 31/3.2012,
 Kakitangan SRM sedang sibuk melayan pelanggan

Para pelanggan merebut peluang harga Promosi bagi kebanyakan produk kesihatan dan bahan pencuci di Booth SRM.




Suasana pada malam hari di Booth SRM. 
Mawlid di pentas utama 
juga sedang berkumandang ketika ini.




Alhamdulillah. 
Para pelanggan menyerbu masuk ke Booth SRM. 









Terima kasih kepada para pelanggan Sahabat Roselle Marketing
yang sentiasa menyokong produk halal keluaran Orang Islam.

Bersama kita berjuang menggunakan barang halal Muslim dalam semua aspek kehidupan kita.
Share:

Promosi Cecair Pencuci Hanna di Karnival Mahabbah Johor

Promosi Cecair Pencuci Hanna di Karnival Mahabbah Johor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelanggan Sahabat Roselle, kami ada bawakan produk pencuci berbentuk cecair dan pelebut kain yang sangat harum dan berkualiti tinggi.

Ingin ketahui harga promosi Cecair Pelembut Kain Hanna, silakan berkunjung ke Booth Sahabat Roselle Marketing di  Karnival Mahabbah IKIM FM @ Bandar Dato' Onn Johor Bharu Johor 2012. Cepat, hanya tinggal esok sahaja karnival ini berlangsung.
 
Cecair pencuci Hanna Wangi, Suci dan harum dan yang penting HALAL. 
Ada cop HALAL JAKIM. Harga sangat murah dan berbaloi.

Pencuci pinggan Hanna juga sesuai untuk kulit sensitif seperti saya sendiri, Intan SRM memang menggunakan pencuci pinggan Hanna bagi mencuci pinggan. 

Sila dapatkan segera produk berkualiti buatan Orang Islam ini. Berminat tambah pendapatan keluarga dengan menjadi Pengedar Pencuci Hanna? 
Sila hubungi Encik Yusof di talian 019 770 3029.

Gambar Suasana Booth Sahabat Roselle Marketing
 pada siang dan malam 31/3/2012 di Tapak Karnival Mahabbah IKIM FM

PELEMBUT FABRIK BARU HANNA 2 LITER

 
PELEMBUT FABRIK BARU HANNA 2 LITER

Pelembut fabrik pekat Hanna melindungi fabrik anda dengan melapisi dan menyuburkannya; membuatkan pakaian anda lebih lembut, lebih segar, dengan kurang kedutan dan lebih selesa dipakai.


CECAIR PENCUCI PAKAIAN BARU HANNA 2 LITRE

Cecair Pencuci Pakaian Baru Hanna mencuci kotoran degil dengan berkesan. Sapukan cecair ke atas kotoran degil untuk cucian cepat.

GAMBAR-GAMBAR PROMOSI CECAIR PENCUCI PAKAIAN, PELEMBUT PAKAIAN DAN PENCUCI PINGGAN HANNA DI KARNIVAL MAHABBAH IKIM FM DI BANDAR DATO' ONN JOHOR BHARU JOHOR PADA 31/3/2012.











Share:

Gambar Malam Pertama Karnival Mahabbah IKIM

Gambar Malam Pertama Karnival Mahabbah IKIM 


Gambar Antara Barisan Penyampai IKIMfm ke Karnival Mahabbah Johor 2012 di Bandar Dato Onn dari 30 Mac - 1 April 2012(sumber; IKIM FM)

Pada malam tadi, 9.00 mlm - 10.30 mlm Forum Bicara Ad-Deen di Tapak Karnival Mahabbah IKIM. Forum disampaikan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan 


Forum Bicara Ad-Deen

YBhg. Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan dan Pemangku Timbalan Mufti Johor, Tuan Hj Yahya ahli panel yang terlibat.Forum di moderator oleh DJ IKIM FM, Al Fadhil
Ustaz Mahathir Shaharuddin.
Di bawah ini sebahagian gambar Booth SRM diserbu pelanggan pada Malam Pertama Karnival Mahabbah IKIM FM Bandar Dato' Onn Johor:





Karnival Mahabbah IKIMfm ini, ujar Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan Karnival ini dianjurkan dengan objektif untuk mendekatkan para pendengar dengan IKIMfm melalui program-program berbentuk dakwah dan kerohanian dan Memberi peluang kepada masyarakat umum memperolehi maklumat terkini peranan agensi-agensi kerajaan berkaitan kesedaran sosial, pencegahan jenayah.

Selain itu, karnival ini juga dapat memperkenalkan produk-produk dan peluang bisnes melalui kaunter-kaunter pameran, Memberi peluang kepada industri dan usahawan-usahawan mempromosi dan memasarkan produk secara terus kepada pelanggan dan Menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada usahawan dan seterusnya melebarkan jaringan bisnes masing-masing. 

Selain mengetengahkan penyampai-penyampai IKIMfm kepada masyarakat. Karnival Mahabbah kali ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti seperti Dari Konti Ke Pentas – IKIM.fm, Ekspo Pameran Dan Jualan Produk, Pertandingan Seni Kaligrafi Islam dan Demo/Bengkel Seni Kaligrafi.
 
Pelbagai acara diatur sepanjang 3 hari 3 malam Karnival ini berlangsung yang bermula hari ini hingga 1 April.  Antara acara penting Karnival ini ialah malam Mawlid@Johor Bahru dan Konsert Mahabbah IKIMfm yang akan diadakan pada 31 Mac dan 1 April bermula jam 9 malam.
Share:

Sejarah Pengasas Sahabat Roselle Marketing

SEJARAH PENGASAS SAHABAT ROSELLE MARKETING(JM0454405-K)
 

 Barang runcit yang ada di Kedai SRM

 Gambar Booth SRM Di Karnival Mahabbah IKIM 2011
 
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah, di hening awal pagi ini, saya cuba mencatatkan sedikit titipan daripada Pengasas SRM, merangkap Pengurus SRM, ENcik Ali. Ia berkaitan sejarah awal penubuhan Sahabat Roselle marketing.

Sejarah, adalah suatu perkara yang wajar kita toleh untuk kita ambil pengajaran. Dengan mempelajari sejarah, kita dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kita. Sejarah, bukan untuk kita tangisi, atau kita ratapi. Tetapi untuk kita ambil iktibar demi masa depan yang lebih gemilang. InshaAllah.

Tujuan artikel ini disiarkan di blog ini adalah sebagai Motivasi bersama para pembaca blog ini, khususnya kepada para pelanggan dan usahawan bumiputera.

Sejarah Pengasas Sahabat Roselle Marketing
 
Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006. Menyedari keperluan semasa Umat Islam, yang memerlukan barang halal dibuat oleh tangan-tangan yang menjunjung Kalimah Syahadah, Pengurus SRM mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
 
Dengan iltizam dan semangat kejayaan akan memihak kepada orang yang sabar, pengurus SRM  menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengumpulkan dan menjual semua produk Halal Muslim di seluruh Malaysia . 
 
Beliau seorang yang bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, tidak malu di hina ,yakin produk halal muslim,suatu hari  akan di terima masyarakat muslim. SRM terus memasarkan produk Halal Muslim yang selalunya berstatus PKS walaupun pada awalnya di perlekeh orang muslim sendiri. 
 
Pada peringkat awal berniaga, SRM, memasarkan produk berasaskan buah roselle sseperti halwa ,jem, dan kordial roselle keluaran Bumiputera Muslim. Tanpa mengenal erti putus asa, dan gigih berusaha sendiri,  SRM menjual produk tersebut di Pasar-pasar Tani, pasar peladang dan ekspo jualan seperti di Plaza Angsana.
 
Kemudian sedikit demi sedikit Sahabat Roselle Marketing mencari dan menambahkan produk halal keluaran Orang Islam atau juga dipanggil muslim untuk dijual dan dipasarkan di Kedai Sahabat Roselle.
 
 Kata-kata Hinaan Bukan Penamat Perjuangan dalam Berniaga

Kata-kata hinaan dan nista, adalah lumrah kehidupan. Begitu juga yang dilalui oleh Pengurus SRM. 
 
Kata-kata hinaan seperti,”
 
“Alah, kalau setakat  jual produk Islam je, boleh maju ke.”
 
“Eh, boleh dapat untung ke jual Produk orang Islam ni? “
 
“ Ada orang nak beli ke produk macam ni?”
 
“ Ada orang datang kedai ke?”
 
Yakin Janji Allah 
 
Yakin atas janji Allah bahawa Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar dan benar, Pengurus SRM, meneruskan langkah maju setapak demi setapak lagi dalam bidang perniagaan pemasaran produk Halal Muslim. 
 
Istiqamah,teruskan perjuangan,jangan peduli orang cakap,sabar dan doa, adalah kata-kata motivasi yang di berikan kepada pekerja. Ingatlah rezeki kita, Allah yang beri bukannya manusia.
 
 
Inspirasi beliau ialah beliau ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW yang menjadi peniaga dan usahawan Berjaya. 
 
Bukankah,  Berniaga juga adalah Sunnah Rasulluah SAW? 
 
Maka, usahlah kita malu untuk berniaga. Kita bukan mencuri.  Kita bukan meminta daripda orang lain. Tapi kita berusaha di atas kaki kita sendiri.
 
InshaAllah artikel berkaitan Sejarah SRM ini akan bersambung sedikit masa lagi. Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen membina di blog ini.
Share:

Objektif Sahabat Roselle diwujudkan

Sahabat Roselle Marketing, Kedai Muslim, Untuk Penguna Muslim

SAHABAT ROSELLE MARKETING, PRODUK MUSLIM PILIHAN ANDA
Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."
 Mari kita hayati kehidupan Islam yang indah dan lengkap. Islam sebagai suatu cara hidup kita. Salah satu aspek kehidupan seorang Muslim ialah aspek halal sesuatu makanan, minuman dan barang yang kita gunakan seharian. InshaAllah.
DALIL NAQLI 
 
Firman Allah SWT
 
 bermaksud:
 
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
 
DALIL AQLI
 
Riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
yang mafhumnya: Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, 
 
“Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’”
 
 (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
SEJARAH  AWAL ,  SAHABAT  ROSELLE  MARKETING
Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006.
OBJEKTIF
Sahabat Roselle Marketing sentiasa menambah produk- produk halal untuk di pasarkan disamping dapat membantu usahawan bumiputera muslim bersaing maju dalam perniagaan. Ia juga mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.
MISI
Warga SRM beriltizam tinggi untuk menjadikan SRM pemborong dan Peruncit terunggul produk halal muslim di Johor khasnya, Malaysia amnya.
Misi SRM juga adalah jelas. Kami berazam Untuk menyelesaikan permasalahan kepengunaan barangan HALALLAN  THOYYIBAH serta mempertahankan maruah dan hak pengguna ISLAM.
Share:

Sepetang Pelanggan Bersama SRM

Sepetang Pelanggan Bersama SRM di Karnival Mahabbah


Cuaca agak mendung di petang 30 Mac 2012.

Tengah hari, hujan turun agak lebat.
Namun semoga hujan yang turun itu sebagai Pembawa Rahmat Allah SWT.

Namun syukur kepada Allah SWT, 
Booth Sahabat Roselle tetap dikunjungi pelanggan. 
Terima kasih atas sokongan pelanggan kepada SRM.

Air minuman turut dijual di Booth SRM.

Para pelanggan sedang membuat pilihan...


Kaum ibu sanggup datang ke Booth SRM...



Seorang pelanggan lelaki sedang diberi penarangan Sabun Biosinar oleh salah seorang Staff SRM.

Gambar Bawah:
Suasana di Hadapan pentas Utama


Jom ke Karnival Mahabbah IKIM FM 2012 Di Bandar Dato' Onn, Johor Baharu, Johor.
Hubungi Encik Yusof di 019 7703029 bagi mengetahui lokasi Booth SRM.
Share:

Gambar Hari Pertama Karnival Mahabbah IKIM FM

Gambar Hari Pertama Karnival Mahabbah IKIM FM 


Pagi yang hening. Suasana pagi Hari pertama Karnival Mahabbah IKIM FM 2012 
di Bandar Dato' Onn Johor Baharu, Johor.


Suasana di pentas utama. 
Kelihatan DJ Mahathir dan DJ Fairuz di atas pentas bersama Pengarah IKIM FM, 
Yang Berbahagia Encik Nik Roskiman Abdul Samad.

Gerai Jualan Sahabat Roselle Marketing.

Persekitaran Booth SRM seawal 8 pagi, 30/3/2012




Produk Kesihatan dan barang runcit di Booth Sahabat Roselle.
InshaAllah, semuanya produk yang dihasilkan oleh Orang islam, dikilangkan oleh Orang islam dan diedarkan oleh Orang Islam.

Hubungi Encik Yusof di talian 019 770 3029 
bagi maklumat lanjut
 berkaitan produk yang diedarkan oleh SRM.
Share:

Dapatkan Produk NRBashirah di Sahabat Roselle @ Karnival Mahabbah

Dapatkan Produk NRBashirah di Sahabat Roselle Karnival Mahabbah




Bioprune Natural RM45.00


 Khall Cuka Kurma Sachet Papan
 
Pak Ngah Basri, Pengasas NR Bashirah same-sama turun padang di Booth Sahabat Roselle Marketing sempena Karnival Mahabbah IKIM FM Di Bandar Dato' Onn, Johor Bharu, Johor.



Gambar Pak Ngah sedang memberi penerangan di Booth Sahabat Roselle Marketing. Pak Ngah sedang beri penerangan kepada pelanggan mengenai khasiat produk Nr Bashirah  seperti Cuka Kurma Khall, Jus cantik dan Bioprun.

 Kepada pelanggan dan bakal pelanggan, sila dapatkan Produk NR Bashirah dengan Sahabat Roselle Marketing di talian 019 770 3029.

Pengalaman Pak Ngah Sebagai pengguna Cuka Kurma Khall

Pak ngah Basri , Pengasas , Mengamalkan Cuka Kurma lebih 4 tahun . Masalah Jantung saya makin baik dan kini dapat memberi perhatian yang terbaik kepada kehidupan . Perasaan murung sebelum ini menjadi ceria dan lebih berkeyakinan..Alhamdullilah...

PENGGUNA BIOPRUNE JUNIOR


Nur Azila Ilhami Binti Zun , Perak , 14 Tahun , Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh . Saya bersekolah di sekolah asrama , aktiviti sentiasa padat , mudah letih dan kurang penumpuan...Ibu memberikan saya Bioprune Junior sejak awal Oktober 2010 , kesannya amat ketara...kini , saya amat bertenaga dan daya tumpuan semakin fokus...segala yang diajarkan mudah difahami dan diingati...Saya akan mengesyorkan kepada semua rakan di sekolah saya agar semua cemerlang dalam pelajaran....Moga prestasi saya menjadi lebih baik dari sebelum ini....Alhamdulillah...
Share:

Harga Istimewa Produk Fortune Hanya di Booth SRM Karnival Mahabbah IKIM FM

Harga Istimewa Fortune di Booth SRM Karnival Mahabbah



SMARTCOCO A+, SMARTCOCO A+ KURANG MANIS, SMART SWEET A+, JUS ALKHAIRA, JUS ALKHAIRA (SACHET), LOTION HERBA MANJA, GOAT A+ DENGAN MADU, GOAT A+ UNGGUL, KOPI BARLI MUNAWWARAH A+, PATI SARANG BURUNG MUNAWWARAH & SMART CHOCOLATE A+

Kepada pelanggan-pelanggan smart Coco, dan produk lain Fortune, khusunya dari Johor Baharu, Negeri Johor amnya dan Singapura, cepat rebut peluang ini.

Dapatkan harga istimewa Produk Fortune Resources  di Booth Sahabat Roselle Marketing sempena Karnival Mahabbah IKIM FM 2012 di Bandar Dato' Onn, Johor.

Ingat, peluang hanya datang sekali.
Cepat datang Ke Booth Sahabat Roselle Marketing bagi mendapatkan tawaran istimewa.

Sila hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029
Share:

Gambar DJ Mahathir dan DJ Fairuz Sebelum Karnival Mahabbah

Gambar DJ Mahathir dan DJ Fairuz Sebelum Karnival Mahabbah





Gambar DJ Mahathir  Shaharudin dan DJ Fairuz  di Booth Radio IKIM FM, lebih kurang pukul 10.45 malam tadi. Booth Radio IKIM FM di belakang Booth Sahabat Roselle Marketing.


Terima kasih DJ Mahathir dan DJ Fairuz atas layanan mesra kepada tukang ambil gambar ini. Pengarah IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad juga ada di situ pada masa itu.

 Sebenarnya ada seseorang yang hendak bertanya tentang baju tshirt IKIM FM saiz kanak-kanak Saya telah memaklumkan dan meminta izin kepada kedua-dua orang DJ ini yang saya akan publishkan gambar mereka di blog ini. 

Ini adalah sebahagian gambar-gambar sepanjang karnival mahbbah IKIM fm berlangsung. Nantikannya dari semasa ke semasa.
Share:

Gambar SRM di Tapak Karnival Mahabbah IKIM Malam Tadi

Gambar SRM di Tapak Karnival Mahabbah IKIM Malam Tadi

Alhamdulillah, Allah yang memudahkan urusan Staff Sahabat Roselle Marketing. Ini adalah sebahagian gambar-gambar kerja-kerja persiapan Sahabat Roselle Marketing pada malam tadi, 29 Mac 2012.

Gambar ketika baru selepas loading barang-barang perniagaan...






Gambar-gambar staff SRM sedang mengemaskini Booth SRM di Tapak Karnival Mahabbah IKIM FM pada malam tadi.
 
Gambar kerja-kerja akhir...




Melihat kepada semangat kerjasama Staff dan kakitangan SRM, teringat pepatah Melayu :

Yang ringan sama dijinjing
Yang berat sama dipikul.

Bersatu kita teguh, 
bercerai kita roboh.



Alhamdulillah, akhirnya inilah Booth SRM di Tapak karnival Mahabbah IKIM fm



Jemput datang ke Booth Sahabat Roselle marketing di tapak Karnival Mahabbah IKIM fm. dapatkan barang runcit keluaran Muslim, di sini. Dapatkan produk Kesihatan keluaran Fortune Resources pada harga istimewa di sini. 

Bio Prune yang enak juga ada. Produk Hiraq...

 Tidak lupa Sabun basuh Biosinar, Pencuci Lantai Hanna, Penyembur Serangga dan Pewangi Haruman keluaran Al Faiz, Koko Campuran kurma yang enak keluaran muslim Choice dan macam-macam lagi. Hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029 untuk maklumat lanjut.
Share:

Definition List

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Pages

Recent Posts